Penyanyi terkenal, Shila Amzah menyangkal dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah dengan mengatakan hubungannya bersama suami yang juga merupakan pempengaruh, Ubai kini sedang bermasalah.
Kenyataan tersebut merupakan respon Shila terhadap pertanyaan seorang pengikutnya di Instagram yang melihat khabar angin tersebut di aplikasi Facebook.
“Dalam posting Facebook, ada nampak orang kata Shila Amzah dah nak bercerai. Kurang ajar ye posting Facebook,” soal individu tersebut.
Menurut Shila, fitnah di aplikasi Facebook kini sememangnya amat membimbangkan sehingga tidak memikirkan kesannya terhadap orang yang lain.
“Sebab tu jangan main Facebook. Dah teruk sangat dah dia punya news. Clickbait dah tak fikir benda betul ke fitnah ke,” tulisnya.
Katanya lagi, segelintir pengguna Facebook sanggup mereka perkara yang tidak benar semata-mata untuk mendapatkan perhatian.
“Kalau kita terdetik mempercayainya, dah jadi satu hal dosa pula kita,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah di Boathouse Ampang pada 5 Ogos lalu selepas empat bulan bertunang.
Sebelum itu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shila Amzah