Pelakon, Intan Nujuwa ada memaklumkan bahawa semalam merupakan hari paling ‘huru-hara’ dalam hidupnya selepas mendedahkan dia tidak tahu bagaimana mahu isi minyak kereta.
Katanya, semua berlaku disebabkan pembantu peribadinya (PA) bercuti pada hari tersebut.
Keluhan tersebut disuarakan Intan melalui Instagram.
“Today hidup I sangat huru-hara, sebab PA I cuti. I nak isi minyak kereta pun tak tahu macam mana.
“Teruknya hidup Ya Allah,” katanya di IG story.
Meskipunentri berkenaan telah dipadam, bagaimanapun video tersebut telah tular di semua platform media sosial dan difahamkan turut menerima reaksi pelbagai netizen.
Foto: Intan Nujuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Perlu Tertanya-Tanya, Saya Sudah Tahu Kemana Saya Akan Pergi,” – Roy Kapilla
Penyanyi Roy Kapilla tidak menafikan dia seolah-olah sudah boleh agak bakal menjadi peserta yang tersingkir pada minggu kedua saingan program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) susulan prestasi yang diberikan menerusi persembahannya.
Malam tadi, Roy yang juga vokalis kumpulan Kapilla itu membawakan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati nyanyian asal kumpulan EYE menerima markah paling rendah dalam kalangan 13 peserta yang bertanding iaitu sebanyak 53.20 peratus.
“Sebenarnya saya sudah tahu dan sudah nampak daripada awal-awal. Jadi saya keraskan semangat, datang juga (meneruskan persembahan). Itulah secara ringkasnya begitulah.
“Saya sudah tahu apa yang saya lakukan di atas pentas… Apabila saya ke belakang saya sudah tahu. Tak perlu tertanya-tanya, saya sudah tahu kemana saya akan pergi,” katanya kepada MH.
Berkongsi lanjut, Roy akui persembahannya nyanyiannya tidak berapa baik selain akui rasa gementar ketika membuat persembahan.
Artikel Berkaitan;
Penampilan Penyanyi Masih Aktif Di GV9; Ini Kenyataan Astro
“Banyak yang tak okay, sebagaimana yang diberitahu Tok Ram (Ramli MS) adalah betul. Seratus peratus memang betul,” katanya lagi.
Tidak mahu menoleh ke belakang, Roy yang sinonim menerusi lagu seperti Merindu Tanpa Kata dan Dikir Rambong optimis untuk kembali aktif dalam gelangang dunia seni tempatan.
Disember tahun lalu, Roy pernah muncul dengan lagu genre dikir, Guano Demo dan Joget Dikir Menghibur Hati yang turut menampilkan penyanyi, Beby Acha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Isu? Ini Pendapat Matang Lisdawati – “Belajar Untuk Berbincang… Tertutup Hanya Antara Suami Isteri.”
Pelakon Lisdawati berpendapat sudah menjadi tanggungjawab para suami untuk sentiasa mempertahankan serta melindungi isteri masing-masing.
Sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fauzi Nawawi, Lisdawati berkata setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain.
“Bagi saya, memang sudah seharusnya lah apa lagi kalau kita masih sayangkan pasangan terutamanya. Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.
“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi.
“Contoh kita tahu yang dia menipu tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” katanya.
Kata lagi isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini tidak menafikan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri sudah menjadi asam garam dalam berumah tangga.
Lisda menambah, para isteri juga harus memainkan peranan untuk sentiasa menjaga maruah pasangan dan setiap masalah rumah tangga yang berlaku perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja.
“Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita.
“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.
“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata demikian secara bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Sekadar informasi, Lisda dan Fauzi berkahwin pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sementara itu, Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lisdawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHRecap Black Dedah Wajah Bayi Perempuan, Datuk Rafiena Berlepas Ke Tanah Suci & Banyak Lagi Kisah Seni Semalam!
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua!
Kepada mereka yang terlepas kisah seni semalam, jom MH recap antara cerita best semalam!
1. Black Akhirnya Dedah Wajah Anak Keduanya, Rindu Dayyana!
Ingin tahu wajah comel bayi Black?
Artikel penuh di :
2. Datuk Rafiena Berlepas Ke Tanah Suci Kerjakan Umrah
Pelakon dan penerbit Darkwave Pictures, Datuk Rafiena Ezanne berlepas ke tanah suci semalam bagi menunaikan umrah buat kali pertama.
Artikel penuh di:
3. Tangan Siapa Yang Tongkat Dagu Zahirah Macwilson Dalam Video TikTok?
Pelakon Zahirah Macwilson ada berkongsi video ‘bersemut’ yang dibuat menerusi aplikasi TikTok.
Siapakah gerangan ‘tangan misteri’ itu?
Artikel penuh di :
4. Respon Panjang DS Nur Shahida Apabila Ibu Kandung Qayyum Kini ‘Kembali’
Isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengambil keputusan untuk tidak memulangkan anak angkatnya, Qayyum kepada ibu kandungnya.
Artikel penuh di:
5. Fadlan Hazim ‘Tayang’ Kekasih, Julie Anne
Amboii! Cantiknya kekasih Fadhlan.
Artikel penuh di:
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI