Inspirasi

Terus Cemerlang, Izzuddin – Sze Fei Juara Terbuka Artik 2024

Share

Jaguh beregu badminton lelaki Malaysia, Nur Izzuddin Rusmani dan Goh Sze Fei berjaya mencipta kejutan menjuarai Kejohanan Terbuka Artik 2024.

Mereka mengalahkan beregu no.2 dunia dari Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam perlawanan yang diheret ke set ketiga

Kalah pada set pertama, Izzuddin-Sze Fei bangkit pada set kedua dan ketiga dengan mata 15-21, 21-15, 21-19

Perlawanan malam ini menyaksikan, Sze Fei-Izzuddin ketinggalan jauh dalam set pertama, tetapi bangkit untuk menguasai perlawanan kedua dalam masa 23 minit.

Dalam penentuan, kedua-dua pasangan bertukar mata demi mata sebelum akhirnya mara ke hadapan untuk memenangi perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Izzuddin-Sze Fei  mengukuhkan kedudukan mereka sekaligus kejayaan ini menjadi kemenangan ketiga mereka selepas menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.

Sekadar info, semalam beregu Izzuddin – Sze Fei berjaya mengalahkan beregu no.1 dunia dari China sebelum melangkah ke peringkat akhir Terbuka Artik 2024.

Mereka kini berada dikedudukan kelapan dalam ranking persekutuan badminton dunia.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

Published by
Fiezreen