“Terus Tukar Karektor Eh Pom…,” – Peluk Cikgu Azlan, Foto Sweet Elly Buat Orang Bujang ‘Meronta-Ronta’

Share

Perkongsian daripada bintang versatil, Elly Mazlein di Instagram ‘memancing’ perhatian wargamaya baru-baru ini.

Ia susukan gambar peluk mesra yang dimuat naik pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (G 9) ini bersama suami, Mohamad Azlan Che Nuh yang sinonim disapa Cikgu Azlan.

“Somi (suami), love you Papa,” tulis Elly menerusi ruangan kapsyen.

Difahamkan, Elly berada di Singapura bagi menghadiri sebuah acara yang turut ditemani suami dan anaknya.

Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat meninggalkan reaksi ‘mengusik’ buat Elly dan Cikgu Azlan.

“Semoga bertambah keberkatan dalam rumah tangga Kak Lina. Kak Lina bahagiakan kitaorang, moga Allah bahagiakan Kak Lina pula.”

“Paling nombor syatuuu.”

“Single gerak dulu!.”

“Soon datang nombor tiga ni, kembar.”

“Jeles, nak ambil gambar gini gok.”

“Sweet sangat ni Kepom. Moga berbahagia till jannah.”

“Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, amin.”

“Terus tukar karektor eh Pom bila dengan husbaby. Semoga sweet selalu.”

Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima lebih 11,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH