Penyanyi senior, Rahmad Mega mendedahkan antara sebab dia masih relavan dan diterima peminat sehingga ke hari ini adalah kerana sifat merendah diri tidak kira ketika di puncak kerjaya atau pun ketika di bawah.
Menurut Rahmad atau nama sebenarnya Rahmad Tohak, dia tidak pernah sesekali membezakan layanannya terhadap orang lain meskipun sudah bergelar selebriti sejak lebih tiga dekad yang lalu.
“Pertama sekali kita kena selalu bergaul dengan semua pihak dan jangan meninggi diri. Kita ni bukan selamanya di atas. Bila kita di atas, ingatlah yang di bawah kerana mereka ini juga amat memerlukan support untuk sama-sama naik ke atas. Begitu juga kalau kita berada di bawah.
“Sama ada saya popular atau tidak, saya lebih selesa dengan pendekatan merendah diri,” katanya kepada MH.
Juara program Terpaling Juara itu berkata sedemikian ketika ditemui MH baru-baru ini.
Ads
Tambah Rahmad lagi, dia juga amat mementingkan soal penampilan agar dirinya terus mendapat tempat di hati peminat dan media arus perdana.
“Selain itu, saya juga mengamalkan gaya hidup sihat. Saya pun tak merokok dan kerap melakukan senaman ringan seperti skipping atau jogging semampu saya.
“Saya tidaklah bersenam terlalu kuat sampai pergi ke gym. Saya buat seadanya. Jujurnya bab pemakanan memang saya tak jaga tapi saya counter semula dengan senaman-senaman yang saya nyatakan tadi,” kongsinya lagi.
Malah, pengakuan Rahmad yang mengatakan dirinya bukan seorang perokok nyata menarik perhatian kami.
Ads
Langsung ditanya bagaimana dia menjaga diri agar tidak terjebak dengan budaya merokok dan bahan terlarang terutamanya ketika zaman kegemilangan muzik rock tanah air, vokalis kumpulan Mega ini memaklumkan dia amat berpegang teguh kepada prinsip peribadinya.
“Mungkin ia berlaku disebabkan cara saya berfikir. Sejak dari zaman rock kapak dulu, jangan katakan rokok, malah, ada banyak lagi orang-orang yang terlibat dengan anasir-anasir yang lebih besar sehingga menyebabkan ketagihan dan masuk pusat serenti.
“Namun, saya tetap bercampur dengan mereka sampai mereka pun tak tahu yang saya ni bukan perokok. Prinsip saya mudah, apa yang orang lain nak buat, itu mereka punya fasal.
Ads
“Saya tetap dengan kekuatan diri saya sendiri. Bila kita tegas dengan diri sendiri, orang lain tidak akan boleh pengaruhi kita. Fokus sahaja pada diri sendiri. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Rahmad baru sahaja diumumkan selaku juara bagi program Terpaling Juara sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000.
Kata Rahmad, dia bakal menggunakan wang tersebut untuk membawa keluarganya menunaikan ibadah umrah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Rahmad Mega
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui banyak belajar dari pengalaman serta meminta pandangan daripada bintang senior, Safura Ya’cob dalam seni.
Malah jelas bintang muda berusia 19 tahun ini lagi, dia turut pegang pesan Safura agar terus usaha meski jangan meletakkan harapan terlalu besar dalam industri hiburan.
“Safura merupakan ibu saudara saya dari belah ibu.
“Katanya, jangan terlalu beri harapan besar dalam industri ini sebab kita bukan selalunya berada di atas.
“Apa yang kita ada dan miliki sekarang ini, kita bersyukur sahaja.
“Apa pun, dia selalu berikan semangat buat saya untuk teruskan usaha kerana dia sendiri tahu, ini minat saya sejak sekian lama.
“Dulu saya ada juga temaninya ke set lokasi. Misalnya tengoknya berlatih teater dan sebagainya.
“Terima kasih buat Safura yang tidak pernah jemu titipkan nasihat,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia sedar akan peluang yang bakal diterima dalam dunia lakonan akan ada pasang surutnya, bintang asal Kuala Lumpur ini mempunyai pandangan sendiri.
Katanya, dia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di balik perjalanan seni ibu saudara sendiri sebagai pengajaran yang memotivasikan diri.
“Saya pun tahu, ada juga yang nasibnya tidak berapa baik dalam industri. Satu ketika dulu pernah terkenal dan kemudian jadi sebaliknya.
“Bagi saya ia pengajaran, termasuklah untuk saya yang masih baru. Apa pun, saya percaya kepada rezeki.
“Malah saya nampak sendiri apa yang pernah dilalui makcik saya, seolah-olah saya adalah saksi kepada makcik sendiri.
“Pada masa sama, saya juga terinspirasi dengannya kerana pada fasa yang sukar ketika ini, dia kuat dengan mencari sumber rezeki dengan berniaga,” akui anak sulung daripada empat beradik ini lagi.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen yang terlebih dahulu sudah pun berjinak-jinak dalam lakonan sebelum menyertai Hero Remaja baru saja selesai penggambaran telemovie, Kelaster di samping Achey dan Nora Danish.
Meerqeen bersama empat calon juara lainnya, Haziq, Jabir, Nadhir dan Umar bakal berentap di pentas akhir Hero Remaja 2020, 16 Julai ini bersiaran langsung di Astro Ria dan Ria HD.
Menerusi salah satu segmen program MeleTOP semalam, pelakon Elfira Loy telah diundang khusus bagi berkongsi mengenai penjagaan wajah selain bercerita mengenai perkembangan terkininya yang sedang sarat hamil tujuh bulan.
Menarik pada dihujung segmen, bintang Kum Kum itu secara seloroh ada meminta Neelofa untuk mendoakan anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Bila kita dapat tengok baby ni?,” tanya Neelofa dan Elfira atau lebih mesra disapa El menjawab dia bakal melahirkan anaknya itu kira-kira dalam tempoh dua bulan akan datang.
“Lagi dua bulan lebih sikit je,” katanya sambil Nabil memuji El yang dikatakan seperti tiada masalah alahan atau muntah-muntah sebagaimana di alami para ibu hamil.
“Semoga selamat sihat,” ucap Lofa sebelum berakhir lalu ia segera disambul El;
“Doalah Kak lofa. Nak suruh Kak Lofa doa untuk anak saya. Nanti panjang sikit doa,” pinta El sambil disambut dengan gurau Nabil.
Dalam perkembangan lain, El bakal muncul menerusi sebuah telemovie Ogos depan di Astro Ceria dan Astro Prima.
Foto: YouTube MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dialah ibu, dialah bapa. Luah Rita Rudaini, sebagai ibu tunggal kepada dua anak lelaki, dia sering berfikir bagaimana nasib anak-anak sekiranya apa-apa berlaku kepadanya.
Lapan tahun membanting tulang membesarkan anak-anak sendirian, dia bersyukur dipertemukan dengan insan yang banyak membantu.
“Benda2 mcm ni akan buat sy lebih sayu…sy keja keras siang mlm hanya utk mereka…kudrat sy jd double triple…xpyh cite la cukup rest ke,cukup tido ke tidak.
“Dah 8thn tulang empat kerat sy double triple bkerja..xcukup rest..bila penat,lg lah byk pikir tentang masa depan mereka klau sy sakit atau sy dah xde.
“Alhamdulillah, tuhan tu maha kaya..dia bg sy ujian dan dia bg juga sy jln …DIA temukan sy dgn seorg sahabat….dr dia sy dpt jawapan…tkasih @rizuanahamad kerana byk sgt bantu sy dan anak2…tkasih kerana kenalkan sy dgn PLAN HIBAH dr PRUDENTIAL….moga hidup ank2 sy sentiasa terjamin dgn PRUDENTIAL.
“Untuk ibu2 di luar sana,pesan sy ..xkira lah kita ni ada suami ke,ibu tunggal ke,tgh sihat ke tgh muda ke,ujian ALLAH xkira smua tu…sedia kn sesuatu utk yg tersyg,” tulis pelakon jelita ini.
Malah bekas isteri kepada Aidil Zafuan ini juga menasihatkan wanita di luar sana agar tidak terlalu bergantung kepada suami semata-mata.
“Jgn nk harap kan suami kita je sedia smua utk ank2 kita….jgn nk harap suami akan jaga ank2 kita bila kita dah xde,jgn nk harap sedara mara kita bela ank2 kita bila kita dah xde.
“Kita tgh hidup pon,nk mintak nafkah or nak mintak sedara mara tolg jaga kejap pon dah berkira 😂apatah lg bila kita dah tutup mata nnti….kita sendiri kena buat bahagian kita utk ank2..xrugi pon…anak kita kan….xkisah lah jumlah tu kecik ke besar ke…yg penting,ada utk mereka….yg tgh cari2 lg,bole dm kwn sy ni @rizuanahamad ..sy SGT REKOMEN….dia sgt membantu,” tulisnya panjang lebar.