Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon yang berusia 48 tahun itu telah menitipkan kata-kata pujian kepada penyanyi Ifa Raziah.
Ibu kepada 4 orang cahaya mata itu telah memuji Ifa yang sentiasa tidak pernah putus semangat untuk mencapai sesuatu kejayaan.
“Adikku sahabatku yang tak pernah gentar dalam hidup saya nak pinjam semangat dia tak pernah mengalah walau kiri kanan orang kata dia pekakkan telinga tetap maju ke depan kerana katanya Allah maha mengetahui segalanya ,
“All the best ifa for your @starvendors nanti akak pun nak join meniaga dengan ifa.. semuga dalam rahmat Allah selalu,amin.
“Oh yea ini gambar semasa rakaman hotspot haritu .. bagus ifa ni kemana2 gambar dia semua exclusif sebab suami dia sendiri yang selalu ambil gambar cantik2 untuknya .
“Gambar ke 3 bersama elfira loy dan Datin Alia Hari ni jam 1 tengahari jumpa saya di The Grand Souq C19 ,Singapore Expo ,Singapore.#pulutkuningzarinazainuddin💕”tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian Zarina telah mendapat perhatian daripada pengikutnya di laman media sosial berkenaan.
Rata-rata peminat memuji sikap Ifa yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.
Foto : Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI