Penyampai radio Hot FM, Ajak Shiro atau lebih gemar dikenali sebagai Ajak sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak lagi mahu menjadi penyampai radio di Hot FM pada pertengahan Januari yang lalu.
Terbaru Ajak telah memuat naik beberapa keeping gambar dan video di akaun Instagram miliknya untuk berkongsi moment hari terakhir berada di konti radio.
“Sahabat tu beza dengan kawan, dan mereka ini sahabat Baba.. Last day Baba dengan GPH…Terus support diorang ye guys. @shuk_hotfm @fizie_hotfm .#gengpagihot #salamdarikonti #lastday#sayaajakdansayatidaksombong”tulisnya.
Malah Ajak juga turut meluahkan rasa berterima kasih kepada rakan penyampai radio yang lain seperti Syuk dan Fizie kerana sentiasa membantu dan menyokong Ajak sepanjang bergelar sebagai rakan penyampai radio.
Terdahulu, pelakon Risteena ada memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi menerusi akaun Instagram miliknya.
Bayangan itu dibuat peminat apabila pelakon tersebut ada berkongsi entri mengenakan pakaian pengantin.
Menurut adik aktres tersebut, pelakon Ruhainies memaklumkan bahawa Risteena bakal membuat satu pengumuman istimewa kepada peminat pada 19 November depan.
Bagaimanapun, Ruhainies berkata tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai pengumuman tersebut kerana ia merupakan satu pengumuman rahsia oleh Risteena.
“I tahu tapi kena rahsiakan. Apa yang saya boleh cakap kita tunggu pada 19 November ini dan dia akan buat pengumuman kepada semua,
“Ya atau pun tidak untuk berkahwin saya tak berani nak cakap lebih-lebih sebab bukan saya yang nak kahwin, kalau saya nak kahwin saya dah beri tahu saya nak kahwin.
“Jadi kita tunggu sama-sama dan saya pun nak tahu juga apa yang dia nak umumkan sebab kakak saya ni suka berahsia dan buat kejutan, saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh nanti saya kena marah dengan dia,” katanya kepada MH.
Ruhainies ditemui ketika tayangan perdana filem Charlies Angels di TGV 1 Utama, pada Rabu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan Queen of The Night daripada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berlangsung dengan penuh meriah di Hotal Royale Chulan, Kuala Lumpur pada malam Sabtu membawa tema Wanita dan Inspirasi.
Menerusi persembahan yang dianjurkan oleh B’ De Paris bertujuan untuk menghiburkan lebih 600 penonton yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim serta keluarga B40 itu, Siti mendendangkan seleksi 15 buah lagu popularnya termasuk segmen medley.
Showcase berkenaan bermula kira-kira jam 9.45 malam, Siti menghiburkan semua menerusi lagu catchy, Nona Zaman Sekarang serta lagu malar segar tradisional yang sentiasa menjadi siulan, Cindai.
Persembahan yang diselang-selikan dengan celoteh mesra ibu kepada dua cahaya mata itu bersama peminatnya itu berjaya memeriahkan suasana lebih-lebih lagi apabila penyanyi itu turun ke bawah pentas untuk beramah mesra dengan peminat setianya yang hadir dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan Johor.
“Terharu saya tengok ramai datang dari banyak pelosok negara. Paling buatkan saya tersentuh dan gembira, malam ini ada penonton berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina dan India.
“Saya tahu ramai peminat yang datang malam ini sudah lama teringin nak tengok persembahan saya, terima kasih kerana sudi hadir,” kata Siti.
Persembahan kemudiannya diteruskan dengan segmen medley lagu-lagu Fly Me To The Moon dan Terukir Di Bintang bagi memberi penghargaan kepada golongan wanita.
Masih mengekalkan momentum, Siti terus menghangatkan pentas dengan lagu-lagu popular nyanyiannya seperti Anta Permana, Ku Mahu, Seribu Kemanisan dan Bidadari Syurga.
Lebih mengujakan, Siti tampil membuat kelainan dengan menyuntik elemen tradisional dalam lagu Purnama Merindu sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Lebih Indah.
Showcase Queen of The Night merupakan persembahan pertama Siti dalam fasa peralihan endemik sebelum dia kembali ke pentas berskala besar menerusi sebuah lagi konsert amal, Music Of The Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza di Dewan Plenary, KLCC pada 5 dan 6 November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: @kakitembak_fotografi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di kalangan netizen apabila foto-foto majlis pelancaran dan rumah terbuka jenama kosmetik yang diasaskan oleh pelakon Syatilla Melvin dan adik-beradiknya yang lain mulai diperkatakan selepas ia dikongsi di media sosial.
Kebanyakannya memberi respon terhadap penampilan adik kepada isteri Shaheizy Sam, iaitu Syifa Melvin yang didakwa netizen sebagai tidak menutup aurat dengan sempurna pada majlis yang bertemakan Arabian Night itu.
Tampil mengikut tema dalam helaian persalinan serba hitam, pemakaian turban oleh pelakon dan bintang media sosial itu bagaimanapun dilihat sedikit ‘mengganggu’ kerana menampakkan anak rambut.
Pelakon Diana Danielle tetap menyambut Aidilfitri dengan ceria walaupun dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora, beraya bersama bekas suaminya, Farid Kamil, tahun ini.