Penyanyi yang kini sudah bergelar pelakon, Khai Bahar telah membuat kejutan istimewa sempena hari jadi rakan artis, Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana.
Bintang wanita itu menyambut ulang tahun ke-35 hari ini.
Lalu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkongsi momen istimewa itu di akaun Instagram.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Bayang itu telah menghadiahkan sebiji kek dan sekotak coklat kepada Nana.
“Happy Birthday!!! @sitinordiana #satukanrasa,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on
Dalam pada itu, Nana juga dilihat ada meninggalkan reaksi comel di ruangan komen entri terbabit.
“Tq baby,” balas Nana ringkas.
Lantas, komen tersebut telah menjadi perhatian peminat dan rata-ratanya turut memberikan dedikasi buat Nana sempena hari jadi.
Dalam perkembangan lain, Nana telah bergandingan Khai Bahar menerusi drama Satukan Rasa yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Malah single yang turut mengambil tajuk sama juga berjaya disenaraikan sebagai antara 30 buah lagi yang bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun ini.
Video: Instagram Khai Bahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Makin Tenat & Boleh Koma Bila-Bila Masa, Chef Wan Takut Nak Tidur Malam
Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan memohon jasa baik semua pihak untuk memanjatkan doa buat neneknya yang kini sedang tenat di hospital.
Menurut Serina yang juga merupakan anak kepada kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, neneknya itu kini perlu dipantau dengan lebih rapi selepas penyakit kansernya dilaporkan semakin merebak.
“Assalamualaikum semua minta jasa baik bantu Nenek Serina Cik Ani Sayang, hadiahkan Al Fatihah dan Yasin untuk nenek mudahkan urusan dia sedang tenat di Hospital. Kanser tahap empat dah merebak.
“Moga Allah mudahkan urusan dan perjalanan nenek ku,” kongsinya di Instagram.
Pada masa sama, Serina turut berharap agar dia sekeluarga diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
“Beri kekuatan buat papa @_chefwan58 dan seluruh keluarga kami yang dalam kesedihan.
“We love you so much Nenek. Moga Allah ampunkan dosa dosa nenek dan terima segala amalan ibadah nenek. Insan yang cukup kuat semangat dan sentiasa ceria.
“Moga di angkat segala kesakitan dan diberi ketenangan. Al Fatihah Hajah Noraini Binti Abdullah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Chef Wan memaklumkan dirinya sangat takut untuk melelapkan mata pada waktu malam kerana bimbang ibunya akan pergi ketika dia tidur.
“Sepanjang malam saya tak dapat tidur kerana mahu sentiasa memantau situasi ibu lebih-lebih lagi selepas pernafasannya agak perlahan sejak semalam.
“Saya sangat takut untuk tidur jikalau dia pergi meninggalkan saya dalam senyap ketika dia tidur. Ketakutan itu sentiasa ada.
“Bila saya sedih, saya bercakap dengan ibu atau bacakan surah Yassin. Paling tidak, saya akan pasang video bacaan surah di sebelah telinganya agar dia tenang. Alhamdulillah dia sangat tenang,” katanya.
Tambah Chef Wan lagi, ibunya itu juga boleh koma pada bila-bila masa disebabkan keadaannya yang semakin lemah.
“Doktor yang merawat ibu ada singgah sebenar tadi untuk berjumpa saya selepas keputusan darah keluar. Katanya, dengan keadaan ibu sekarang ini, dia boleh koma pada bila-bila masa. Masa untuknya sangat suntuk.
“Mereka akan letakkan beberapa alatan keperluan untuk memantau paras nadi dan oksigen. Sekiranya diberikan kebenaran, saya tidak mahu ibu ditempatkan di ICU. Saya mahu dia di sini dengan tenang. Bila sampai waktunya, kita akan tahu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Serina Redzuawan & Chef Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah 5 Tahun Tak Ada Baby, Sampai Lupa Nak Beli Apa Untuk Persiapan,” – Siti Sarah
Penyanyi, Siti Sarah yang kini sedang hamil anak keempat kini meniti hari untuk melahirkan cahaya mata setelah enam tahun menanti bersama suaminya, Shuib.
Menerusi hantaran di Instagram, Sarah bagaimanapun mengakui tidak mahir untuk menyediakan barang kelengkapan untuk bayi sebagaimana sebelumnya.
Lalu, penyanyi lagu yang sinonim dengan lagu Kesetiaan ini ada bertanya kepada peminatnya berhubung perkara tersebut.
“Dah 5 tahun tak ada baby, sampai dah lupa nak beli apa untuk persiapan baby. Kalau korang nak beli apa dulu? And beli masa kandungan berapa bulan? Tapi PKP macam ni nak cari dekat mana?” tulisnya.
Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga bersama pelawak dan juga usahawan, Shuib, 37, pada 26 Februari 2011.
Pasangan popular ini mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Siti Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sudahlah Dimaki, Malah Aset RM4Juta Turut Lesap Dikebas Anak Sendiri!
Kejam! Nampaknya wujud lagi tanggang moden di dunia bukan? Sampainya hati berbuat sedemikian terhadap ayah kandung sendiri. Tepuk dahi MH membaca kisah yang dialami seorang ayah ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Daut @ Kassim Jali, 84 sebelum ini berstatus jutawan kerana memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset lain yang kesemuanya bernilai lebih RM4 juta.
Namun, sebagai seorang bapa, Daut telah mengagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan. Malangnya, lain pula jadinya. Kesemua anaknya lupa daratan!
Kesemua anaknya mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya sehingga terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri kedua yang kini tinggal di Masjid Tanah.
“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.
“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya,” katanya.
Malah, kesemua anaknya sudah dua tahun tidak datang menjenguknya, bahkan sewaktu dia mengerjakan umrah pun mereka tidak datang berjumpa.
Lebih menyedihkan, sewaktu dia kehabisan minyak, dia ke stesen minyak yang diusahakan anaknya tetapi tidak diendahkan. Malah, anaknya tidak membenarnya untuk mengisi minyak.
Lebih dua jam dia menunggu dan dimaki pula. Sedangkan itu adalah stesen minyak yang diusahakannya dulu.
Daut menahan sebak ketika datang mengadu di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh.
Sementara itu, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin berkata, tiga tahun lalu, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan berjaya memperolehi hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.
“Malangnya pada September lalu, anak-anaknya mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.
“Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.
“Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” katanya.
Bagi MH tidak sepatutnya seorang anak berbuat sedemikian terhadap seorang bapa yang banyak berjasa membesarkan kita selama ini. Lebih-lebih lagi anak yang berjaya hasil usaha ayah sendiri, apa salahnya memberi sumbangan kepada mereka.
Sumber : Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI