“Thank You Korang Selalu Doakan Kami…Tiber,” – Fara Fauzana Terlebih Excited Masa Konsert, Anuar Zain Tinggal Komen ‘Love You Fafau’

Share

Pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana tidak dapat menyembunyikan keterujaannya sewaktu menonton Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Fara, pada malam tersebut, dia telah sedaya upaya menyembunyikan keterujaannya itu meskipun dia merupakan peminat tegar Anuar Zain.

“Yang ramai kasihi. Punyai Aura yang besar buat ramai orang. Sentiasa tersenyum setiap kali si nakal menyakat. Tak lokek dengan kata-kata yang positive sahaja

“Saya dah belajar untuk relaks sebab tahu ramai yang sukaa cewah. Hahahahahah walaupun dalam hati geramnya aku,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Hot FM itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menerusi posting yang sama, Fara turut memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya tersipu-sipu malu selepas disapa oleh Anuar sewaktu penyanyi tersebut sedang menyanyi di kawasan penonton.

Fara turut menambah, dia merupakan antara orang yang terawal yang membeli tiket konsert tersebut sewaktu ia mula-mula dijual.

“Yup! saya antara orang yang awal membeli ticket walaupun hari pertama jualan saya tengah ada kelas kat RTM.

Nasib masa tu sessi AG dengan student hahaha TQ Ji ko penyelemat aku

“Thank you kak @iamzianazain kak @arleenzain sebab selalu tak kuasa bila saya cakap saya laa ‘Fara Zain’,” kongsinya lagi.

Malah, penyampai radio berpengalaman ini juga sempat berseloroh meminta agar orang ramai mendoakan kebahagiaan dirinya bersama Anuar.

“Thank you la korang yang selalu doakan untuk kami eh la tiber. Ok ok kita doakan untuk kesejahteraan Abang Nuar supaya sihat dan dapat menghiburkan kita seperti selalu

“Last but not least. Thank you LELAKI INI yg bernama @anuarzain70 kerana slalu buat hati ini (ok ok hati semua orang) berbunga-bunga,” selorohnya.

Malah posting tersebut turut mendapat respon dari Anuar yang turut mengatakan ‘Love you Fafau’ beserta dengan emoji hati.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan agar kedua mereka ini berjodohan.

“Alhamdulillah, Kak Iti doakan,” komen penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“I ship sis,” balas Instafamous, Farah Lee.

“Geram je baca kapsyen. Tak kelakar tak Fafau la,” komen seorang netizen.

“Semoga Fafau berjodohan dengan Abang Anuar. Moga makbul doa saya,” komen seorang lagi netizen.

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 500,000 jumlah tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf