Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama ibunya, Noor Nabila Mohd Noor pada Khamis.
Menerusi laman Instagram miliknya, Sharnaaz, 38, berkata dia sudah merindui anak tunggalnya itu yang akan berjauhan dengannya selama dua minggu.
“Selamat menunaikan umrah anak baba, permata baba, buah hati baba, best friend baba.
“Nyawa baba, @jebatjayden. I miss my boy now,” tulis Sharnaaz di ruangan kapsyen menerusi muat naik foto Jebat yang berpakaian serba putih dan berkopiah.
Dalam posting yang sama juga, Sharnaaz turut mendoakan agar bekas isterinya, Nabila akan terus dimurahkan rezeki kerana membawa anak mereka mengerjakan umrah bersama-sama.
Rombongan umrah Nabila dan Jebat turut disertai ahli keluarga Nabila seperti pengacara dan usahawan, Neelofa, suami PU Riz serta anak pasangan itu, Muhammad Bilal.
“Thank you mummy @noornabila bawa Jebat ke Tanah Suci. Semoga bertambah rezeki, amin,” tulis Sharnaaz lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik yang terjalin di antara Sharnaaz dan bekas isteri.
“Full respect dekat Mamu (nama panggilan Sharnaaz) dan sis Nabila ni. Demi anak, mereka tak masam muka. Berkawan baik demi anak, korang terbaik.
“Suka tengok silaturrahim ni, berbaik each other.
“Alhamdulillah anak soleh baba dan mummynya.
“Hopefully one day baba dan Jebat dapat pergi bersama, insyaAllah.
“One thing suka kat Mamu, dia selalu advice Jebat hormat dekat mommy dia, puji mommy dia cantik etc.. Bagus Mamu.. ada certain parents bercerai, ajar anak yang tak baik,” komen sebahagian netizen.
Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.