“Thanks My Superwife, Love You,” – Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Jam 3.30 Pagi, Mahali Jasuli Luah Rasa Syukur

Share

Pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya telah selamat malahirkan cahaya mata ketiga pada Jumaat.

Menurut Mahali, bayi lelaki tersebut telah dilahirkan pada jam 3.30 pagi.

 “Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby boy ketiga kami pada 4 December 2020, 3.30 pagi.

“Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan tidak terhingga ini. Thanks my superwife love you @lisa_rusman,” tulisya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Mahali menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pemain pasukan Petaling Jaya City itu turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga diatas segala rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT terhadap dirinya selama ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah buat Mahali dan juga isteri.

Terdahulu, Mahali telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Haliesah Rusman pada tanggal 2 Ogos 2015 dan telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Mahali Jasuli

Published by
Aizam Manaf