“That Purse Selit Bawah Ketiak Literally Me Aduh Dah Macam Mak-Mak,” – Izara Berselipar, Netizen Tanya Nak Ke Mana?

Share

Melihatkan sisi realiti harian kepada netizen, Izara menerusi laman sosial memuatnaik beberapa keping foto dirinya sedang menghadiri majlis rasmi dengan busana mewah beserta kasut bertumit tinggi. Dan apa yang dilakukan selepas itu.

“ Instagram VS Reality. Shooting pagi , petang attend event all glamorous and stuff..manakala sebenarnya….”

Terhibur dengan sikap rendah diri pelakon jelita ini, netizen mengatakan setiap wanita mempunyai perangai yang sama, punya selipar khas di dalam kereta.

“That slipper change. Every girl has that one slipper in the car, for her to change from heels.”

Tambah netizen lagi, walau ke pasar membeli barang dapur, menantu kepada Datuk K dan TokTi ini tetap cantik dan on point.

Foto – Instagram Izara Aishah

Published by
Noraini Abd Wahab