Semalam telah bermulanya episod pertama drama Cukup Derita Itu yang kini sedang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.
Drama adaptasi novel arahan Along Kamaludin itu membariskan ramai pelakon-pelakon hebat tanah air antranya Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid dan Didie Alias.
Baru sahaja memasuki episod pertama, drama tersebut telah pun berjaya menarik perhatian ramai dek kerana lakonan mantap yang telah dipamerkan oleh Jasmin Hamid.
Menerusi salah satu babak di dalam episod tersebut, Jasmin dilihat telah mengetuk kepala Ruhainies dengan menggunakan senduk.
Malah, bunyi ketukan tersebut juga jelas kedengaran seakan-akan memberi gambaran babak tersebut telah dilakonkan secara ‘real’ tanpa sokongan daripada mana-mana bunyi sokongan.
Menurut Hisyam, babak tersebut hanyalah kecil sahaja jika ingin dibandingkan dengan kekejaman yang akan ditunjukkan oleh Jasmin dalam episod-episod yang akan datang.
“Senduk tu baru 5% daripada kekejaman Mak Ngah Gayah,” katanya.
Malah, Ruhainies juga turut dilihat ada memberikan reaksinya berhubung babak tersebut.
“That’s The Real Reaction. Bila tengok boleh rasa lagi sakit kepala ni,” jelasnya.
Babak berkenaan ternyata telah mengejutkan hati buat sahaja dikalangan para penonton tetapi rakan artis juga.
Menurut pelakon, Mira Filzah, dia juga berasa sangat terkejut sebaik sahaja menonton klip berkenaan.
“Eh Ya Allah sakitnya! Hahaha terkejut I. Bunyi tu macam sakit,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian terhadap kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh para pelakon malah, mereka juga turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton keseluruhan drama ini.
“Ketukannya macam boleh buat orang maut,” komen seorang individu.
“Serius lah, padu betul ketuknya,” tulis seorang pengguna Instagram.
“Eh kita yang dengar ni pun takut. Menjerit. Siap cakap dengan suami, ‘eh, dia ketuk betul’. Kalau kita jadi anak saudara Mak Ngah awak, takkan merasa dia nak ketuk-ketuk gitu. Ingat bapa kita tak bayar zakat ke,” luah individu lain pula.
Terdahulu, drama Cukup Derita Itu boleh ditonton pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran TV3.