Tular di laman sosial sebuah video memaparkan Youtuber Indonesia, Nadia Omara mengulas akan persamaan antara band lagenda, The Beatles dan band Indonesia The Tielman Brothers.
Menurut wanita ini, The Tielman Brothers merupakan satu-satunya band dari Indonesia yang berjaya memecah ruang ke peringkat antarabangsa pada tahun 1950-an.
“Malah mereka juga band pertama yang melancarkan single rock and roll atau dikenali sebagai Indorock di Belanda dan menjadi sangat terkenal di Eropah.
Ads
Jelasnya lagi, muzik ini telah menyatukan industri muzik Indonesia dan Barat yang berakar daripada muzik keroncong.
Malah anggota The Beatles, John Lennon dan Paul Mccartney sempat hadir menyaksikan persembahan hebat band ini ketika di Jerman dan terdapat sebuah foto yang membuktikannya. Pada waktu itu, The Beatles masih lagi sebuah band yang beraksi di kafe.
Ads
Paul juga dikatakan terinspirasi daripada bass violin Hofner yang digunakan The Tielman Brothers dan menggunakannya sepanjang kerjaya bersama The Beatles.
Ads
Walau bagaimanapun, harus diakui The Tielman Brothers terlebih dahulu menguasai industri muzik dunia sekitar tahun 1950-an.
Foto : Youtube Nadia Omara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Yuna Rahim selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Muhammad Nurakmal Ayub, 28, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, Selangor pada pagi Sabtu.
Memetik Utusan Online, pasangan mempelai itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd Samad pada jam 11 pagi.
Pada majlis tersebut, Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim, 28, menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.
Pelakon drama I Love You Mr Clown itu mula menjalin cinta dengan Nurakmal pada pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak serta kenalan rapat mereka.
Berseri-seri Zara Zya sekarang! Pernah menemani usahawan kosmetik Dato’ Alha Alfa ke majlis berprestij hingga nama Zara Zya sering dikaitkan dengan selebriti dan ahli perniagaan lelaki terkenal itu dek kerana statusnya yang masih bujang.
Cukup disiplin sebagai pelakon dan menjiwai watak yang diberikan sebaik mungkin, tidak hairanlah nama Zara Zya makin melonjak nai Malah, figura ini bukan saja dikagumi kerana bakat, tetapi kecantikan Zara turut menjadi bualan peminat.
Zara Zya Bukan Hanya Berbakat, Kecantikkan Jadi Siulan Peminat!
Walau kerap mengenakan solekan tebal setiap kali menjalani penggambaran namun aktres berbakat besar ini cukup prihatin menjaga kesihatan kulit.
Bersandarkan status selebriti, Zara perlu sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan khalayak. Lebih-lebih lagi sejak berhijab, penampilannya menarik tumpuan ramai.
Ditemui dalam sesi fotografi bersama MH tidak lama dulu, Zara tanpa berselindung mendedahkan rejim kecantikan diri.
Apa yang mengejutkan adalah petua cantik anak seni ini rupa-rupanya ringkas, selamat dan murah.
Maklumlah, bila sebut sahaja artis mesti ramai yang beranggapan golongan ini hanya menggunakan produk berjenama dan mahal.
Pernah Berhabis Ribuan Ringgit, Demi Kecantikkan!
Bercerita tentang produk penjagaan wajah yang mahal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini.
Mujur mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar. Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.
Petua ini bagus untuk jeragat sebab mama memang ada masalah jeragat yang banyak. Macam-macam rawatan mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat mama berkurangan.
Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut. Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi.
Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 ini.
Selain sibuk dengan urusan seni dan bisnes, Zara juga antara selebriti yang aktif menyertai misi kebajikan dalam meringankan beban masyarakat kurang bernasib baik.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Rita Rudaini akui teruja apabila berpeluang membawa anak-anaknya bertemu dengan negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad secara empat mata di pejabatnya pada Rabu.
Menurut Rita, pertemuan tersebut merupakan memori terindah buat dirinya dan anak-anak kerana berpeluang merasai sendiri aura yang dimiliki pemimpin tersebut.
Pada masa sama, Rita turut memanjatkan doa semoga Tun Mahathir dan isteri sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah SWT.
“Kami doakan Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di lindungi ALLAH SWT.
“Banyak lagi soalan nak tanya. Teruja sungguh Ryan dan Qaqa jumpa Negarawan.
“Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Rita dan anak-anak sangat bertuah selain turut menganggap Tun Mahathir sebagai pemimpin yang banyak berjasa buat negara.
“Kami duduk UK ni, kalau pergi mana-mana dan orang sana tanya dari mana, kami jawab Malaysia pasti mereka petik nama Tun M. Bangga kami.
“Seronoknya jumpa Tun. Tuah anak-anak. Sejuk perut mak hang mengandung anak-anak bertuah.
“In sha Allah, anak-anak sis akan jadi orang tersohor satu hari nanti.
“Bertuahnya anak-anak. Dapat rasakan satu hari nanti dua beradik ni kerjanya hebat,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 500,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!