Uncategorized

‘The Best Way To Kill Creativity Is To…’ Redza Minhat Luah Rasa Kecewa

Share

Pelakon, Redza Minhat sememangnya salah seorang selebriti yang berani menyuarakan pandangan dalam apa jua isu.

Selain itu, apa yang diperkatakannya itu turut mempunyai kebenaran membuatkan ramai netizen suka meminta pendapat beliau mengenai isu-isu yang terjadi dalam negara.

Melalui pemerhatian MH, Redza hari ini ada meluahkan kekecewaannya mengenai ‘sesuatu’ menerusi laman Twitter miliknya.

“Cara terbaik untuk membunuh kreativiti adalah dengan menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada orang-orang lama yang akan membincangkan mengenai masalah yang sama serta dengan penyelesaian yang sama,” luahnya.

 

Alamak, kepada siapa pula Redza tujukan ‘tweet’ itu? Nampak macam kecewa sangat je. MH cuba jugalah menyiasat menerusi ‘tweet-tweet’nya itu.

Melalui perhatian MH adalah banyak juga isu yang dikongsikan oleh Redza ini di twitternya namun yang menarik perhatian MH adalah perkongsian mengenai isu ‘spotify-hack’ yang di’retweet’ oleh Redza baru-baru ini.

Mungkin terkesan dengan sikap sambil lewa dan pentingkan diri sesetengah netizen yang ingin ‘streaming’ muzik secara free membuatkan seorang pengguna Twitter meluahkan mengapa industri muzik tanah air susah nak maju.

“Selepas isu Spotify-hack semalam, aku rasa masanya dah tiba untuk musicians/ahli seni didik orang Malaysia on KENAPA pentingnya untuk kita bayar streaming or beli muzik. #MuzikKita.

“Kalau kau tak kerja bidang seni, mesti kau pelik sebab rata rata produk muzik lagi banyak and diterima ramai berbanding seni visual. Sayangnya ada BANYAK masalah dalam bidang musik yang membunuh industri ni sendiri. Antaranya: Hack streaming service (Spotify).

“Mungkin kau rasa, bila kau dah biasa guna FB yang free, Twitter yang free, semua benda mesti free. Tak sebenarnya. Setiap app ada cara dia nak untung, dan utk app macam Spotify, adalah melalui iklan dan subscription.

“Patutnya, kalau takda duit nak bayar, dengar lah free cuma ada iklan la (and a few other restrictions). Kalau nak unlock the full app, kenalah bayar bulan bulan. RM15 je wei. Burger kat McD/Burger King pun ada yang lebih RM15.

“Kalau kau hack, ibarat kau buat kerepek, and minta KK Mart jualkan. Dah penat penat kau goreng, packagekan, bayar pekerja semua, esok tu orang masuk KK Mart and ambil je kerepek kau tak bayar.

“Macam kes semalam, dahlah mamat ni rembat kerepek kau, dia bagitau semua follower dia on Twitter sampai beribu RT on macam mana nak curi kerepek kau. Ramai pula yang sokong and yang sakit tu, ada pula yang condemn org yang beli cara halal and tak curi. Gila ke apa?!

“When we say #MuzikKita, muzik ni untuk kita SEMUA. Untuk KAU dan AKU. Pencipta muzik dan pendengar muzik. Dua dua kena dapat something. Tak bolehlah pendengar je enjoy, kita musicians? Esok nak makan apa pun lama kena fikir,” tulis individu tersebut.

Pada MH, betul juga apa yang dikatakan oleh Redza dan individu tersebut. Kerana orang-orang macam inilah industri susah nak maju. Kenapa kita tidak jadikan negara luar sebagai ‘benchmark’?

Lihat sahaja negara-negara lain yang rata-rata artis boleh pergi jauh kerana muzik mereka. Sedangkan negara kita boleh dikira berapa kerat sahaja yang dikenali di luar negara. Ambil contoh Korea Selatan yang menggunakan muzik dan drama mereka untuk lebih dikenali seluruh dunia.

Sedangkan kita di Malaysia semua nak kedekut, nak ‘free-stuff’. ‘Mindset’ begini harus dinyahkan dari ekosistem, barulah negara boleh maju.

sumber: Twitter

Published by
Khaleeda Rashikin