Penyanyi popular dunia, Dua Lipa menegaskan pendiriannya untuk turut serta memboikot negara Brunei selepas negara tersebut memutuskan untuk mengenakan hukuman rejam kepada pesalah zina dan hubungan sejenis.

Katanya, dia akan menentang habis-habisan kepada sesiapa sahaja yang bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap golongan LGBT ini.

Rasa marah tersebut disuarakan oleh Dua Lipa menerusi laman twitter miliknya.

Ads

“Gay rights are human rights. Boycott the the industries and the people that believe in inhumane anti LGBT+ laws.

“Taking a stand today and forever to show support. The fight is never over we’re only scratching the surface but we need to be louder than ever. #BoycottBrunei ,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, tweet tersebut ternyata menerima respon pelbagai daripada netizen termasuklah warga Brunei sendiri.

Ads

“The Fight Is Never Over…,”- Mahu Terusan Boikot, Dua Lipa Mahu Tentang Habis-Habisan Keganasan Terhadap LGBT

Terdahulu, pelakon, George Clooney dan pengacara, Ellen DeGeneres telah pun mengambil pendirian untuk memboikot ke atas beberapa hotel milik Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Sumber: Twitter & Instagram Dua Lipa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI