Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi momen indah sewaktu melahirkan anak bongsunya.
Rakaman video tersebut memaparkan doktor menyambut kelahiran anak sulungnya bersama suami, Fairos Khan Abdul Hamid itu dengan kalimah “Assalamualaikum’ dan mengesahkannya sebagai bayi perempuan sambil memotong tali pusat.
Azrinaz juga menerima pujian apabila dilihat mampu mengawal proses kelahiran sehingga tiada kesan koyakan berlaku.
“The moment I became a mom again. Normal delivery for the third time Alhamdulillah.
Ads
"The feeling that we will never forget. Of course the pain was unbearable but it wouldn’t be easy without the touch and experienced skills from my Gynae’s Datin Doc @suesalleh1970,” kongsinya menerusi ruangan komen.
Selepas kecoh mengenai seorang lelaki yang didakwa mengasari seorang pekerja stesen minyak baru-baru ini, akhirnya penyanyi dan komposer, Muhammad Raziq Rosli atau nama komersialnya, Zynakal didenda RM2,800, pada Jumaat.
Difahamkan, Zynakal dipercayai telah mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas, Rabu lalu.
Memetik Berita Harian Online, Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan.
Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, bintang berusia 21 tahun itu dijatuhi hukuman denda sebanyak RM800 sementara bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000 dan tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.
Sebelum ini berdasarkan kepada kertas pertuduhan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang ini telah didakwa mendatangkan kecederaan terhadap warga Bangladesh, Ahmad Mostak, di Stesen Petronas Pandan Prima, Ampang, di sini, jam 3 petang, 28 Ogos lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Dia turut didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan, di tempat sama, jam 3.30 petang, pada hari yang sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang rendah, dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Zynakal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usanita Sdn Bhd mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang kepada pengunjung Starhill Bukit Bintang, dalam program Kita Merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Program yang berlangsung di perkarangan Starhill pada Rabu itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Prof. Dato Sri Dr. Hasan dan Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool 101 dan Digital), Shah Hayatudin yang bertindak sebagai rakan strategik.
Majlis yang bermula sekitar 9 pagi itu turut dimeriahkan oleh Perintis Usanita yang merupakan usahawan hebat di bawah kelolaan Usanita.
Menurut Adzliana, tujuan utama program Kita Merdeka dibuat adalah untuk meningkatkan kesedaran dan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
“Pertama sekali Usanita amat berterima kasih pada pihak Starhill kerana telah menaja lokasi program ini.
“Cadangan program ini tercetus sebaik tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 diumumkan iaitu Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
“Jadi kami tampil dengan inisiatif mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang kepada pengunjung di sekitar Starhill tanpa mengira kaum, agama atau bangsa sebagai langkah kecil untuk menanam rasa kecintaan kepada negara tercinta,” katanya.
Menurut Adzliana, inisiatif yang dibuat antara lain bertujuan untuk menyatupadukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
“Selain mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang, pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti cabutan bertuah, pemberian aiskrim Malaysia secara percuma serta program santai bersama rakyat Malaysia yang berada di perkarangan Starhill ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 hari ini,”katanya.
Menyentuh mengenai kolaborasi bersama stesen radio Kool 101, Adzliana berkata Kool 101 bertindak sebagai medium penting dalam menyampaikan peranan, inisiatif, misi dan visi Usanita kepada masyarakat.
“Kerjasama bersama Kool 101 sudah berlangsung sepanjang tahun ini. Pihak kami begitu teruja dengan kolaborasi ini kerana Kool 101 bukan saja membantu dalam bidang keusahawanan tetapi bertindak dalam menyampaikan dasar atau inisiatif pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 tahun ini, Adzliana melihat golongan wanita semakin berani dan mampu berdiri sendiri dengan bekerja serta membina pendapatan dalam membantu ekonomi keluarga.
“Kemerdekaan bermaksud satu kebebasan yang mana negara sudah mencapai kemerdekaan dari aspek pembangunan, ekonomi dan perpaduan. Malah golongan wanita hari ini juga sudah ‘merdeka’ apabila mampu berdiri di atas kaki sendiri.
“Bagi saya, itu adalah satu kemerdekaan buat wanita apabila dapat membantu membangunkan ekonomi negara selain mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Hari ini wanita juga mampu berjaya, berdikari, berdedikasi dan gemilang,”katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas penyampai radio, Faizal Ismail atau sinonim dengan panggilan FBI mendedahkan sebelum ini dia pernah rasa resah gelisah serta mengalami masalah gangguan tidur dalam tempoh yang agak lama.
Lalu, dia cuba mencari jawapan dan penyelesaian sehingga bertemu dengan seorang ustaz.
“Saya bertemu jawapan bila ada salah seorang ustaz dia jemput saya untuk menyertai tabligh, ‘keluar’ tiga hari. Dalam masa tiga hari, saya seolah-olah dapat jawapan daripada Allah SWT,” katanya.
Faizal berkongsikan pengalamannya itu menerusi segmen Kisah Inspirasi oleh Zayan bersama penyampai radio, Mawi dan Anas baru-baru ini.
Jelasnya lagi, dia sebelum ini boleh dikatakan terlalu mengejar keduniaan hingga membuatkan dirinya cuba berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.
“Sebenarnya, kedudukan saya sebagai hambaNya, saya rasa macam sudah tertinggal jauh. Jauh sangat-sangat dan keduniaan saya, saya kejar terlampau sangat.
“Dan saya telah tinggalkan apa yang sepatutnya saya buat sebagai hamba Allah SWT. Itu yang saya dapat jawapan.
“Sekarang ni saya tebus masa saya untuk lebih dekatkan diri kepada Allah SWT, lebih kepada akhirat, insya-Allah,” katanya lagi.
Selain itu, pelbagai persoalan cuba dijawab Faizal dan anda boleh menonton versi temubual penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber, tidak termasuk dalam senarai individu yang menjadi mangsa kepada produser muzik Sean "Diddy" Combs yang kini berdepan pertuduhan jenayah...