Categories: Berita

“The Pain Was Unbearable,” – Azrinaz Mazhar Hakim Kongsi Video Bersalin, Detik Istimewa Bergelar Ibu

Share

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi momen indah sewaktu melahirkan anak bongsunya.

Rakaman video tersebut memaparkan doktor menyambut kelahiran anak sulungnya bersama suami, Fairos Khan Abdul Hamid itu dengan kalimah “Assalamualaikum’ dan mengesahkannya sebagai bayi perempuan sambil memotong tali pusat.

Azrinaz juga menerima pujian apabila dilihat mampu mengawal proses kelahiran sehingga tiada kesan koyakan berlaku.

The moment I became a mom again. Normal delivery for the third time Alhamdulillah.

"The feeling that we will never forget. Of course the pain was unbearable but it wouldn’t be easy without the touch and experienced skills from my Gynae’s Datin Doc @suesalleh1970

,” kongsinya menerusi ruangan komen.

Rata-rata netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan dan menyifatkan ini adalah momen paling indah bagi ibu.





Terdahulu, Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Areesya Malaykha pada 15 September lalu.

Foto : Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Published by
Noraini Abd Wahab