“The Struggle Is Real, But…,”- Bawa Anak Ke Tempat Latihan, Kaka Azraf Tak Mahu Ambil Pusing Cakap Orang

Share

Penyanyi, Kaka Azraff mendedah dia tidak mempunyai sebarang pilihan selain untuk membawa anaknya bersama-sama ke pusat latihan baru-baru ini.

Jelas Kaka, meskipun dia mengakui mengalami sedikit kesukaran namun dia tidak mahu menjadikan isu tersebut sebagai alasan untuk menganggu perjalanan kerjanya.

“Practice. Terpaksa bawak anak. The struggle is real, but we got to do what we gotta do. Ada anak bukan alasan,” tulisnya.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh penyanyi lagu Gila itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Kaka turut mendedahkan dia tidak kisah akan tanggapan orang luar terhadap dirinya kerana sebagai ibu, dia sanggup melakukan apa sahaja demi kebaikan anaknya itu.

“Lantaklah orang nak cakap apa. Mommy-mommy mesti paham, kan?

“Yang penting, Aslan happy dapat jumpa rapper favourite dia @ikhwanlee94 and @kuning.langsat . PEACE! Our vocal coach for AJL, @afif.tz

and @azrinnoor,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Kaka bersama rapper, Noki dan Loca B kini sedang giat berlatih dalam persiapan untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) menerusi lagu Gila yang dijadualkan bakal berlangsung pada 14 Mac ini.

Sebelum ini, pihak penganjur telah pun memutuskan untuk menangguhkan terlebih dahulu penganjuran program berprestij itu ekoran penularan wabak Covid-19.

Sekadar info, Kaka telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Adam Azriff pada tanggal 14 Disember 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan Adam yang lahir pada Oktober tahun lalu.

Sumber: Instagram Kaka Azraf

Published by
Aizam Manaf