Tahniah diucapkan buat usahawan berjaya, Datin Vivy Yusof yang telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Vivy menerusi entri di Instagram miliknya turut berkongsi perasaan rasa syukur dan teruja atas perlantikan yang diamanahkan.
“Goosebumps when I saw this. Alhamdulillah, I’ve been given a huge task from the Minister of Education now as the youngest Board Member of UiTM, a beloved university in Malaysia.
Ads
“I have so much respect for the Chairman and other Board Members for doing what they do, and although I don’t have the same wealth of experience, I hope to contribute all that I can to give fresh ideas, bring some newness to UiTM and hopefully benefit the education industry in many ways.
“Bismillah to this new role!,”kongsinya panjang lebar sambil disusuli dengan tanda palang #wassupUiTMpeepsimherenow #janganmasukclasslambatnanticikguvivymarah @uitm.official
Mengalami masalah cakera tulang belakang tergelincir sakit (slipped disc) sejak 2013 lalu, penyanyi senior yang cukup terkenal dengan lagu Teringin, Shima juga mengakui dia memakai lampin pakai buang lebih dua tahun lalu bagi memudahkan urusannya sehari-hari.
Sekali gus, ia menyebabkan masalah penyingkiran air kencing berlaku.
“Sampai sekarang saya pakai lampin pakai buang, 24 jam saya pakai kira-kira sejak dua tahun lalu, malah sebelum saya ke tanah suci untuk tunai umrah lagi.
“Cuma ketika di tanah suci, Allah permudahkan saya tidak alami situasi sulit melibatkan buang air besar atau kecil.
“Alhamdulillah, saya ‘pakai kosong’, Allah permudahkan sebab niat kita ketika itu adalah untuk beribadah,” katanya yang mengalami sistem pundi kencing yang lemah.
Malah, Shima atau nama lengkapnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman memberitahu dia juga kini ada mengambil beberapa jenis ubat bagi mengurangkan masalah kesihatan yang dialami.
Terdahulu pada Ogos lalu, penyanyi berusia 50 tahun ini juga terharu apabila mendapat surat tawaran menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) bersama suaminya.
“Alhamdulillah dengan rezeki yang Dia bagi dan atas izinNya membuatkan ia semua berlaku. Jadi saya rasa sangat bersyukur dan tidak pernah terlintas pun di fikiran saya perkara ini akan terjadi.
“Bantuan daripada pihak terbabit termasuk rakan media amat-amat saya hargai,” jelasnya lagi yang turut menambah dirinya tidak pernah menyesal atas takdir yang berlaku dalam hidupnya kini.
“Saya tidak pernah rasa kesal kerana tidak menyimpan. Bagi saya apa yang berlaku adalah satu fasa yang saya kena lalui. Saya pernah lalui zaman 80-an, 90-an sehinggalah sekarang. Setiap fasa ada pengalamanya yang berbeza.
“Tidak semestinya kita akan sentiasa berada di atas. Satu hari kita akan sakit, akan jatuh dan ini adalah antara dugaan yang Allah bagi. Saya lalui dengan tenang dan terima hati terbuka dan reda.
“Ini bahagian saya, orang lain saya tidak tahu,” akui Shima yang turut menyifatkan suami adalah insan yang cukup memahami.
“Saya bersyukur kerana miliki suami yang cukup memahami, begitu juga dengan keluarga yang beri sokongan moral. Suami sentiasa ada dengan saya.
Sambil menyifatkan kesihatan adalah yang menjadi keutamaannya ketika ini, Shima juga turut memberi pesan kepada golongan artis muda untuk mementingkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Jaga kesihatan dan kalau ada simpanan lebih perlu ada insurans kesihatan sebab kita tidak tahu bila kita akan sakit atau berdepan dengan situasi sukar. Tambahan pula sakit tidak mengira umur,” pesan Shima lagi.
Shima terdahulu ditemui pada majlis Sidang Akhbar Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi (Kesinambungan Konsert Penyanyi Lagenda, Allahyargham Saleem) di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Ahad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mendedahkan emosi isterinya, Nazirah Muhammad masih lagi belum stabil selepas pemergian anak, Khairul Afnan Khairul Azmi yang meninggal dunia pada 30 September lalu.
Menurut Azmi, dia akan isteri sehingga kini masih menziarahi pusara arwah Afnan.
“Alhamdulillah sekarang saya okey, cuma saya dan isteri akan ke pusara arwah anak sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa yang penting adalah untuk tenangkan emosi isteri memandangkan kami jarang ada masalah dalam rumah tangga.
“Bagi saya, soal kehilangan adalah masalah yang paling besar terjadi. Mungkin sebab kami menunggu zuriat sudah lama, jadi apabila dia (anak) pergi sudah pasti ia satu kerinduan berat.
“Malah, ada ketikanya dia tiba-tiba akan menangis rindukan anak, misalnya bila membaca mengenai soal cahaya mata. Apa yang mampu saya lakukan adalah dengan memeluknya dan meminta dia untuk bersabar atas ujian daripda-Nya,”’katanya.
Azmi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kempen Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah di Kajang, Selangor.
Menurutnya lagi, buat masa ini dia belum merancang untuk mengambil anak angkat atau meminta isterinya menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata baru.
“Setakat ini kami sepakat untuk tidak mengambil anak angkat kerana soal zuriat perancangan Allah SWT.
“Lagipun usia kami masih mampu untuk merancang zuriat. Saya bimbang kalau ambil anak angkat nanti, tiba-tiba ada anak sendiri dan risau akan terbahagi kasih sayang itu.
“Jadi seeloknya saya tunggu saja rezeki daripasa Ilahi. Mengenai rawatan IVF pula memang ada berbincang dengan isteri tapi belum ke fasa serius,” katanya.
Terdahulu Azmi hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas anaknya terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September tahun lalu akibat kegagalan fungsi otak.
Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Safawi Rasid berjaya melunaskan dua gol dalam perlawanan menentang Indonesia dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.
Lalu, para pencinta bola sepak tempatan mulai membanjiri laman Instagram bintang bola sepak ini menitipkan ucapan terima kasih atas kecemerlangannya beraksi di halaman sendiri.
Apa pun, jom ikuti beberapa trivia bintang sukan hebat ini.
1. Dilahirkan pada 5 Mac 1997 di Dungun Terengganu dan nama sebenarnya ialah Muhammad Safawi bin Rasid.
2. Merupakan anak kesembilan daripada 13 adik beradik.
3. Pernah bekerja sebagai tukang rumah sewaktu masih bersekolah dengan membantu ayahnya bagi menyara ahli keluarga.
4. Sekiranya tidak bergelar pemain bola sepak, dia bercita-cinta untuk menjadi seorang doktor. Difahamkan ketika di rumah, dia akan bertanggungjawab merawat luka ahli keluarga andai ada yang cedera.
5. Ledakan gol Safawi menerusi tendangan voli kaki kidal hampir menyamai jaringan bekas tonggak Manchester United, Robin van Persie ketika bertemu Aston Villa pada 2013.
6. Bergelar pemain bolak sepak, namun dia mengakui lebih meminati sukan takraw. Ulasnya, dia terpaksa membuat pilihan sama ada untuk meneruskan sepak takraw atau bola sepak sewaktu berada di Tingkatan 4.
7. Sukakan wanita yang berpenampilan sederhana dan menjaga solat.
8. Pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa selebriti terkenal seperti Syifa Melvin, Anim Ezati, Wany Kayrie dan Ruhainies.
Foto : Instagram Safawi Rasid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan...