Pelakon Nabila Huda menganggap bahawa segala tohmahan dan kecaman yang diterimanya baru-baru ini sebagai satu hiburan baginya.

Katanya lagi, dia tidak menganggap serius apa segala komen-komen negatif itu.

“Bagi saya, mereka itu semua adalah budak-budak yang baru nak berkecimpung dalam Instagram, nak kritik-kritik orang ni.

 

“Jadi biarlah apa mereka nak buat asalkan dia orang gembira, mereka ada hak masing-masing.

 

“Saya pun gembira dengan hidup saya. Segala komen-komen haters itu saya jadikan keseronokan untuk saya baca.

 

“Contoh kalau ada orang komen teruk-teruk ke apa, saya tunjuk pada suami sambil gelak, ‘Gilalah sayang’,” katanya kepada MH.

“They Are Loser,” – Ini Kata Nabila Huda Buat ‘Haters’ Yang Asyik Cari Salah!

Ads

Nabila berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Ekskusif Drama Original Iflix, KL Gangster Underworld di Suzie Wong pada Rabu.

Ads

Drama tersebut turut dibintangi oleh Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Ads

Tambah Nabila lagi, dia juga tidak pernah terfikir untuk menutup ruangan komen di laman Instagramnya itu.

“Benda yang seronok untuk dibaca, terutama komen orang-orang yang tiada life, ‘stalk’ Instagram orang.

 

“They are loser,” katanya.

Foto/Instagram: Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI