Semalam penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuat naik gambar bersama pelakon K-Pop, Lee Sung-Kyung atau dikenali sebagai Biblee ketika menghadiri sebuah majlis.
Lalu, foto yang dikongsikan menerusi Instagram penyanyi Anta Permana itu mendapat reaksi pelbagai khasnya di kalangan peminat kedua-dua bintang berkenaan.
Bagaimanapun, ruangan komen kecoh tiba-tiba apabila pelakon Daler Yusuf meninggalkan komen seakan membandingkan kecantikan dua wanita itu.
Lebih panas, Daler mengeluarkan reaksi bahawa Biblee ada melakukan pembedahan plastik.
“Akak lebih cantik. She’s full of plastic surgery and still you’re more pretty masyaAllah” tulis Daler.
Lantas, peminat K-pop berasa tak puas hati dan naik hantu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu menyebabkan pelakon berusia 27 tahun itu menerima kencaman netizen.
Ditanya mengenai isu berkenaan, Daler ketika ditemui MH mengakui sejujurnya dia tidak begitu mengikuti perkembangan seni Kpop.
“Actually Daler tak minat cerita or kpop yang korea punya stuff. Akan tetapi Daler selalu juga mendengar ada artis Korea buat plastic surgery.
“That’s why lah maksud Daler macam Tok Ti lebih cantik dari Korean artist walaupun dia buat plastic surgery ke tak tapi tetap Tok Ti lagi cantik.
“So I want to say like that. Kemudian, the k-poppers they started to macam bashing me,” jelasnya.
Apa pun dek komen tersebut, tambah Daler dia telah pun meminta maaf kepada semua peminat Kpop di ruangan komen gambar tersebut.
“Salam guys, I’m so sorry for the comment. Daler bukan fan K-pop and its just i heard a lot about Korean artist buat plastic surgery.And she’s too pretty to be natural. Salah Daler. Minta maaf ye! We learn from mistake and I learn.” tulis Daler.
Disamping itu, Daler turut memberitahu dia cuma sekadar bergurau dan tiada niat untuk menyakiti hati mana mana pihak sekali pun.
“Is kind of joke, it just like I wanna say that Siti lagi cantik because saya salah seorang peminat Siti Nurhaliza.
“I really adore her, appreciate her, personality. Saya hanya nak puji.”
“Anyone kalau rasa marah ke sebab komen tu Daler minta maaf sekali lagi,” pinta Daler.
Lalu, pelakon berdarah kacukan Uzbekistan-Malaysia ini mengharapkan peminat memaafkan kesilapannya.
Dalam perkembangan lain, Daler sedang sibuk di pengambaran drama yang bergenre seram berjudul Penjejak Ifrit, untuk siaran Astro.
Pelakon lain yang turut beraksi di dalam drama berkenaan ialah Johan As’ari dan Azar Azmi.