Pelakon, Mira Filzah memuat naik foto bersama rakannya di laman Instagramnya, semalam.

Difahamkan pertemuan itu berlangsung di sebuah restoren di ibu kota bernama Birch, namun ada pula netizen yang tersalah sangka.

“Tak sangka kan, MF ni pakai je tudung tapi mencarut…kenapa perkataan mencarut tu ltk dekat location, kenapa tak dekat caption? Takut masuk melodi le tu,” tulis individu tersebut.

Susulan itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dilihat membalas komen tersebut.

“Think before you speak,” balasnya.

Sementara itu, kelihatan ramai netizen bangkit mempertahankan Mira malah meluahkan rasa kesal apabila individu tersebut membuat tuduhan melulu.

Alahai, tak sangka insiden macam ini pun boleh wujud ya? Apa-apapun, syabas buat Mira yang tenang melayan individu tersebut. Mungkin, selepas ini individu itu boleh belajar daripada kesilapan.

Foto/Instagram: Mira Filzah