Pelawak Achey dan Nabil Ahmad memberi sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES).
Sumbangan tersebut disumbangkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada Oktober setiap tahun.
Menurut Achey, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hasil kerjasamanya bersama syarikat pengeluar minyak wangi, SugarBomb.
“Asalnya idea untuk buat CSR ini tercetus daripada Nabil sendiri.
“Bila saya tahu sumbangan itu untuk disalurkan untuk kegunaan penyelidikan kanser payudara, saya terus bersetuju memandangkan ahli keluarga sendiri pernah menghidap kanser tersebut,” katanya
Achey berkata demikian ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.
Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.
Katanya lagi, dia juga berharap dengan sumbangan ia sedikit sebanyak dapat memperkasakan kajian mengenai penyakit yang menjadi pembunuh senyap khususnya dalam kalangan wanita.
“Saya tahu lelaki juga berisiko untuk dapat penyakit kanser payudara, tapi kesedaran tak sampai kepada masyarakat.
“Sebenarnya peratusan risiko menghidap kanser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya.
Kesemua sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.
Sebagai info, Bukan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.
Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dengan panggilan Pak Nil berduka cita atas pemergian abang tersayang, Azharnim Haji Nawawi baru-baru ini.
Kongsi Pak Nil, arwah abangnya itu telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, Selasa lalu.
Baru-baru ini, pengacara berusia 56 tahun itu ada membuat ‘Live’ di akaun Instagram seterusnya meluahkan rasa sedih atas kehilangan abang tercinta.
Menurut Pak Nil, abangnya itu telah meninggal dunia berpunca kesan daripada tabiat merokok.
Lalu, bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu memberi nasihat dan menyarankan agar semua perokok untuk berhenti merokok.
“Pak Nil nak bagi tahu semua, berhentilah merokok. Ayah Pak Nil pergi sebab merokok, abang Pak Nil dua orang pergi sebab merokok. Tolonglah kesianlah adik-adik, mak ayah.
“Kalau boleh berhenti, berhentilah. Sekarang Pak Nil rindu dengan abang Pak Nil,” luah Pak Nil.
Penyanyi Wani Kayrie berkongsi satu ciapan daripada salah seorang wargamaya menerusi Twitter ke Instagram yang menjadi sorotan pada Isnin.
Wani yang kini sedang bersaing bersama sepupunya, Bella Astillah di dalam Famili Duo terhibur apabila individu berkenaan menyamakan penampilannya di dalam program itu Ahad lalu sama dengan figura iklan produk bedak popular suatu ketika dulu.
“Bincangkan… The power of makeup & hairdo by @jibsalimthemakeupartist,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis yang peminat turut sama geli hati dengan perkongsian yang dibuat selain tak kurang yang mengatakan Wani tampak ‘cute’ dan comel.