“This Time It Will Be Bigger,” – Teruskan Lagi Projek, 30 Hari 30 Resepi By Khairul Aming Janji Kejutan Luar Biasa?

Share

Kurang sebulan menjelang Ramadan, instafamous yang popular menerusi perkongsian video masakan, Khairul Aming mendedahkan dirinya sudah pun bersedia untuk menyajikan pelbagai konten-konten menarik dan lebih segar untuk program 30 Hari 30 Resepi kendaliannya.

Jelas Khairul, program yang telah pun memasuki tahun ke-4 ini bakal menjanjikan  kelainan malah ia juga dikhabarkan berbeza daripada apa yang pernah dia lakukan sebelum ini.

“Hari ni genap 30 hari lagi countdown untuk puasa. 30 Hari 30 Resepi akan kembali untuk tahun ke-4, and this time it will be bigger.

“See you on the first day of puasa,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Khairul menerusi sebuah video teaser berdurasi hampir seminit yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Khairul yang ketika ini memiki jumlah pengikut seramai 2.8 juta di Instagram turut menambah, persiapannya untuk menjayakan program pada kali ini boleh dikatakan pada skala besar memandangkan dia juga bakal bergandingan bersama barisan Instafamous yang lain.

Video berkenaan nyata menarik perhatian ramai selepas meraih hampir 800,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen dan para selebriti menzahirkan rasa teruja selain turut tidak sabar untuk menantikan video pertama daripada Khairul menjelang 1 Ramadan nanti.

Sumber: Instagram Khairulaming

Published by
Aizam Manaf