Penyanyi dan penulis lagu, Nana Sheme berharap agar pihak kerajaan negeri Sarawak dapat mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh kuarantin yang harus dijalani oleh setiap individu daripada semenanjung yang ingin memasuki ke negeri tersebut.

Menurut Nana, dia pasti ramai juga diantara anak kelahiran Sarawak yang ingin sekali pulang ke kampung bagi menziarahi kedua ibu bapa mereka.

Katanya lagi, kuarantin selama 14 hari merupakan satu tempoh yang sangat lama dan tidak semua orang mampu memohon tempoh cuti sepanjang itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANA SHEME (@nanaasheme)

“My beloved gov Sarawak, I come in peace. Please consider to uplift sikitttttt ja quarantine period.

“I’m pretty sure ramai yang di seberang laut cina selatan ni rindu nak jumpa mak ayah, family. At this point of time, it doesn’t necessarily mean balik raya. Just being able to go back is more than enough.

IKLAN

“Buat swab test as many times as u wish is still bearable, but just consider about the quarantine period ….please? Or atleast TRY to look up other options too? ,” tulisnya.

“Those Yang Bekerja Can’t Get 14 Days Cuti,” – Terlalu Rindukan Mak Ayah, Nana Sheme Harap Kerajaan Sarawak Pertimbang Tempoh Kuarantin

Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Hantu Atau Buaya itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, Nana turut menegaskan dia tidak kisah seandainya dia dikecam kerana menyifatkan orang luar tidak merasai apa yang dilaluinya ketika ini.

“Those Yang Bekerja Can’t Get 14 Days Cuti,” – Terlalu Rindukan Mak Ayah, Nana Sheme Harap Kerajaan Sarawak Pertimbang Tempoh Kuarantin “Those Yang Bekerja Can’t Get 14 Days Cuti,” – Terlalu Rindukan Mak Ayah, Nana Sheme Harap Kerajaan Sarawak Pertimbang Tempoh Kuarantin

Ujarnya lagi, hatinya berasa sangat remuk bila mengenangkan perasaan ibu ayah yang terlalu merindukan anak-anak mereka di perantauan.

IKLAN

“To whoever yang against this, trust me you’re not in ‘our’ shoes. Just think about those yang bekerja can’t get 14 days cuti.

“Sedih tau dengar mak ayah cakap ‘kami redha kalau tak dapat bersatu raya ni. Harap tahun depan panjang umur kita raya sekali’. Ada yang dah masuk dua tahun tak balik. REMUK HATI

“It’s so wrong for me to say this but i’m prepared to get ‘bashed’ because of this. But this is my space, i have all the rights to express my concerns & i believe i have never been the type to misuse my platform. so don’t even think about going there.

“With so much love and respect, a girl who just wishes to be heard,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Nana Sheme

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI