Uncategorized

#Throwback Kenangan Zaman Asrama, 5 Benda Ni Mesti Korang Pernah Buat!

Share

Untuk korang yang pernah duduk asrama zaman sekolah dulu mesti banyak pengalaman suka duka sepanjang tinggal di asrama kan?

Tapi bila dikenangkan balik rasa rindu pula zaman asrama dulu yang tak dapat kita nak ulang balik moment tu sekarang.

Ok jom kita throwback sikit lima perkara yang budak-budak asrama mesti pernah buat!

 

1. Masak mi segera guna air sejuk

Mi segera ni memang stock makanan yang memang harus sentiasa ada dalam locker sebab bila lapar tengah malam, mi segera ni lah yang jadi penyelamat.

Untuk dapatkan air panas kena ambil di dewan makan dan kadang-kadang stock air panas dalam thermos dah habis jadi terpaksalah rendam mi segera dengan air sejuk dan tunggu sampai kembang baru boleh makan.

 

2. Ponteng solat berjemaah

Setiap kali waktu maghrib dan isyak semua pelajar harus turun ke surau untuk solat berjemaah namun ada segelintir yang ponteng solat beramai-ramai dan sanggup duduk di dorm dalam keadaan gelap. Bila warden datang menggelupur semua lari lintang pukang.

 

3. Tidur waktu prep atau study

Setiap asrama akan mempunyai satu waktu yang dipanggil ‘prep’ iaitu waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Namun waktu ini diambil kesempatan oleh pelajar untuk tidur berbanding belajar. Adakalanya waktu prep ni ramai yang berkumpul dan bergosip sesama sendiri.

 

4. Spotcheck!

Selalunya mesti ada pelajar yang bawa barang larangan ke asrama. Contohnya handphone, novel, PSP (Play Station Portable), barang elektronik dan banyak lagi. Bila tahu ada spotchek secara tiba-tiba, masing-masing panjang akal nak sorokkan barang.

Ada yang sorokkan handphone dalam bekas sabun, sorok barang dalam baju di ampaian, toreh dan sorokkan barang dalam tilam.

 

5. Dragon Ball

Mungkin pelajar yang tinggal di asrama sekarang ini tidak sempat merasai aura kartun dragon ball ini. Tapi bagi mereka yang pernah tinggal di asrama sekitar 2010 ke bawah, siri kartun dragon ball adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar pada setiap hari Sabtu. Berebut-rebut nak masuk ke bilik TV kerana mahu menonton kartun ini.

 

Mesti korang rindu zaman asrama bila baca lima perkara ni kan? Bila diingatkan semula ada perkara yang tidak baik kita lakukan seperti ponteng solat, tidur waktu belajar dan sebagainya. MH harap perkara tersebut dijadikan iktibar untuk semua yang membaca.

Benda yang baik kita ambil dan yang tidak baik jangan diikut. Apapun tinggal di asrama banyak mengajar pelajar untuk hidup berdikari.

Sumber gambar: Google

Published by
Izzati Ramli