Penyanyi rock, Tia Jinbara menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.17 malam Rabu.
Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun.
Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh isterinya iaitu Suzan Ahmad.
Suzan memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam.
“Ya betul, dekat Hospital Shah Alam dalam pukul 9.17 malam tadi.
“Sekarang saya tengah uruskan dekat hospital,” katanya, lapor mStar.
Terdahulu pada Rabu, Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam selepas mengadu sakit perut melampau dan sukar bernafas.
Bagaimanapun doktor mengesahkan Tia menghidap kanser hati dan perlu melakukan pembedahan hti dengan kadar segera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: mStar