Penyanyi Ariff Bahran mengumumkan isterinya, Amirah Syazwani sedang hamil anak pertama mereka dan usia kandungan sudah pun memasuki minggu ke-24.
Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Ariff atau nama sebenarnya Mohammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, turut mendoakan agar urusan bersalin isteri tersayang dipermudahkan.
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi yang bakal muncul menerusi single Maria itu menerusi Instagram.
“Been waiting for the right time to share this lovely news to all my friends. Alhamdulillah dan inshaAllah, jika ada rezeki dan tiada aral melintang, Bahran akan jadi seorang ayah. Kinda Nervous & also thrilled at the same time.
“Sekarang dah di hujung second trimester (24minggu 5 hari). Tiada alahan, tiada morning sickness, semoga urusan wife Bahran terus dipermudahkan.
Ads
“Doakan my wife & baby sihat dan selamat sehingga bersalin,” tulisnya menerusi hantaran yang sudah pun menerima lebih 14,000 tanda suka itu.
Ariff dan Amirah, 27, mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021 dalam sebuah majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/kwCxDn1XjM4
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rasanya antara isu seni yang paling hangat diperkatakan sejak semalam adalah kunjungan super model terkenal dunia, Bella Hadid di ibu negara bari menghadiri majlis satu jenama jam tangan terkemuka.
Lalu, pencinta seni dan fesyen di negara ini bagai teruja apabila buat pertama kalinya, model yang menjadi antara figura pentas runway paling laris tahun ini itu menjejakkan kaki ke Malaysia.
Malah menerusi majlis eksklusif itu, barisan selebriti turut dijemput khas bagi meraikan seterusnya mengisi masa bersama Bella. Jadi apa lagi, semua mata pastinya tertumpu dengan gaya dan fesyen yang dikenakan mereka kan?
Percaya elemen tekstil mampu membuatkan Malaysia terus dikenali mendorong pelakon dan usahawan selebriti Bkay Nair menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai seni batik.
Baginya, satu penerbitan mengenai dunia batik dan mereka yang mahir mengenai seni tekstil itu yang digelar pembatik akan dihasil sekitar tahun depan.
“Saya dan pasukan merancang untuk menerbitkan sebuah dokumentari dengan menampilkan pembatik di seluruh negara serta bercerita mengenai tekstil ini.
“Banyak kisah menarik mengenai batik termasuk disiplin menghasilkannya, rekaan dan jenis serta warna yang digunakan akan dikongsikan.
“Malah ada yang kita sendiri tidak tahu seperti eksperimental batin yang dihasilkan mengikut mood tukang canting batik atau pembatik itu sendiri serta bahan organik yang digunakan untuk lukisan tekstil,” katanya.
Bkay yang juga model dan pereka fesyen berkata demikian pada majlis Malaysia Heritage Showcase yang berlangsung Sabtu lalu menampilkan pelbagai koleksi batik.
Fokus utama pertunjukan fesyen yang diadakan itu ialah menampilkan 33 sari dari tekstil batik di mana 15 rekaan (My Pride) adalah hasil canting tangan banduan daripada empat penjara Malaysia iaitu Marang, Pangkalan Cepur, Kajang, dan Machang.
Tambahnya, pihaknya juga akan memajukan sari batik ke Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam usaha mengiktiraf dan merekodkan tekstil identiti Malaysia itu.
“Saya mahu supaya UNESCO mengiktiraf sari yang diperbuat dari tekstil Malaysia iaitu batik menggunakan seni Canting tangan dan juga mesin.
“Untuk sari batik canting tangan juga eksklusif di mana hanya satu rekaan dihasilkan bagi satu sari,” katanya yang juga Miss India Tourism 2007/2008.
Terdahulu pada majlis anjuran Bkay Nair Resources milik pelakon filem Ratu The Movie itu, 70 rekaan eksklusif daripada sembilan pereka Malaysia, dengan 33 daripadanya ialah sari batik dipersembahkan.
Empat anugerah iaitu Anugerah Visi Muda (Sharleen David), Anugerah Keteguhan dalam Rekaan (My Pride),
Anugerah Corak Inovatif Terbaik (Munir – Dimu Designs) dan Anugerah Warisan Budaya (Linda Isa) turut disampaikan dalam menghargai mereka mengajar tekstil tempatan.
Bkay yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia, Malaysian Heritage Showcase terus menetapkan penanda aras dalam inovasi, impak sosial, dan perayaan budaya, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri fesyen global.
Tamat Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelawak Ali Puteh memaklumkan jenazah anaknya, Sharifah Ainul Nur Mardhiah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur selepas solat Asar tadi.
Perkara itu dimaklumkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Ali yang juga ahli kumpulan Puteh turut berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan anaknya.
“Alhamdulillah selesai semuanya…berlari2 lah kamu di syurga allah…tggu walid dan ibu disana…,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Terdahulu akhbar melaporkan Ainul dalam keadaan kritikal apabila bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.
Ainul yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang selepas lima hari dilahirkan.
Selain Ainul, Ali turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.
Terdahulu, Ali berkongsi berita memberitahu bayinya yang berusia tiga bulan itu disahkan meninggal dunia akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang di Hospital Serdang pagi tadi.
Semoga Ali dan isteri tabah dengan ujian ini, al-Fatihah…
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung...