“Tiada Alahan, Tiada Morning Sickness,” – Syukur Nikmat, Penyanyi Ariff Bahran Umum Isteri Hamil Anak Sulung

Share

Penyanyi Ariff Bahran mengumumkan isterinya, Amirah Syazwani sedang hamil anak pertama mereka dan usia kandungan sudah pun memasuki minggu ke-24.

Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Ariff atau nama sebenarnya Mohammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, turut mendoakan agar urusan bersalin isteri tersayang dipermudahkan.

Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi yang bakal muncul menerusi single Maria itu menerusi Instagram.

“Been waiting for the right time to share this lovely news to all my friends. Alhamdulillah dan inshaAllah, jika ada rezeki dan tiada aral melintang, Bahran akan jadi seorang ayah. Kinda Nervous & also thrilled at the same time.

“Sekarang dah di hujung second trimester (24minggu 5 hari). Tiada alahan, tiada morning sickness, semoga urusan wife Bahran terus dipermudahkan.

“Doakan my wife & baby sihat dan selamat sehingga bersalin,” tulisnya menerusi hantaran yang sudah pun menerima lebih 14,000 tanda suka itu.

Ariff dan Amirah, 27, mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021 dalam sebuah majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Published by
MH