Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelakon yang baru melahirkan bayi pertamanya Jumaat lalu, Anzalna Nasir tetap melaram mengenakan baju raya bagi meraikan kedatangan 1 Syawal, hari ini.

Menerusi foto tersebut yang dirakam oleh suaminya, Hanif Zaki, peserta Dewi Remaja 2010 itu memberitahu dia hanya mampu melihat sahaja hidangan raya yang disediakan.

“Beraya di hospital @gleneagleskl rendang, ketupat, serunding semua lengkap ada tapi hanya mampu melihat.

“Tak apa lah… tengok anak pun dah kenyang! 😍 Selamat hari raya! #RayaPalingTerindah,” tulisnya.

Ads

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan bintang berusia 31 tahun ini, termasuk rakan selebriti.

Ads

Ada jyga beberapa komen yang sempat dibalas Anzalna.

Tiada Alasan! Anzana Nasir Tetap Melaram Walau Tengah Pantang, Sambut Raya Di Hospital Dengan Baby Tiada Alasan! Anzana Nasir Tetap Melaram Walau Tengah Pantang, Sambut Raya Di Hospital Dengan Baby Tiada Alasan! Anzana Nasir Tetap Melaram Walau Tengah Pantang, Sambut Raya Di Hospital Dengan Baby

Ads

Terdahulu, Anzalna Nasir meluahkan rasa bersyukur apabila dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada Jumaat, 31 Mei 2019 lalu.

Malah, berita gembira tersebut turut disampaikannya menerusi media sosial.

Foto; Instagram Anzalna Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI