Tiada angin tiada ribut, penyanyi yang juga pelajar Akademi Fantasia musim kelapan, Daus eli atau nama sebenarnya, Muud Shahril Firdaus Eli mendedahkan dia sudah berpisah dengan isterinya, Syaza.
Malah, bintang berusia 32 tahun ini juga tidak menafikan rumah tangganya sudah lama tidak harmoni.
“Masyarakat boleh kata apa saja mengenai perceraian kami tetapi saya mahu menegaskan keputusan itu dibuat selepas berbincang secara mendalam dengan bekas isteri.
“Sebenarnya, rumah tangga kami sudah lama tidak bahagia iaitu sebelum bekas isteri hamil anak ketiga kami lagi.
“Sejujurnya siapa yang mahukan perceraian, tambahan pula anak-anak masih kecil tetapi bekas isteri tetap dengan pendiriannya… Untuk tidak memanjangkan isu rumah tangga kami saya bersetuju untuk menceraikannya secara baik.
Ads
“Keputusan ini dibuat pun selepas kami berfikir masak-masak, berbincang termasuklah merujuk kepada keluarga namun nampaknya jodoh kami hanya setakat ini,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Terdahulu, pasangan berkenaan bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak dengan talak satu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz yang baru dilahirkan dua minggu lalu.
Ads
Pada masa sama, Daus turut menolak keretakan rumah tangga adalah disebabkan orang ketiga.
“Perceraian itu terjadi disebabkan tiada lagi persefahaman ekoran terpaksa berjauhan. Saya menolak faktor kewujudan orang ketiga.
“Saya tidak menyalahkan bekas isteri dan menganggap apa yang berlaku adalah suratan takdir dan fokus saya kini adalah membesarkan tiga anak mereka.
Ads
“Saya hendak ulas banyak pun banyak hati yang perlu saya jaga tetapi hubungan jarak jauh itulah punca timbulnya masalah dalam rumah tangga kami.
“Apa yang penting kami bercerai secara baik. Sekiranya jodoh kami panjang… Saya terbuka hati untuk kembali rujuk dan berharap masyarakat mendoakan yang baik-baik buat kami,” akhiri Daus.
Foto: Instagram Daus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan komposer terkenal, Fedtri Yahya ada memberikan komen terhadap nyanyian Nuha Bahrin yang telah berentap di pentas Vokal Mania pada Ahad lalu.
Fedtri atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya memberitahu lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah ada sebuah lagu yang berunsur ketuhanan.
Lalu, Fedtri berpendapat nyanyian Nuha ketika membuat persembauab untuk lagu tersebut di pentas Vokal Mania di lihat kurang menyengat.
“Kalau adik tahu lagu ni sebenarnya lagu ketuhanan, adik takkan nyanyi macam ni,” tulisnya.
Malah, nyanyian Nuha itu juga mendapat perhatian dan kritikan daripada penonton.
Bagaimanapun, Nuha telah memohon maaf secara terbuka mengenai perkara tersebut menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
Program realiti nyanyian Vokal Mania bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di TV3.
Foto: Twitter Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hadir berpakaian sedondon rona merah pada majlis pernikahan penyanyi Aiman Tino, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya mengakui hatinya kini sudah dimiliki seseorang.
Walau bagaimanapun, Sufian, 31, enggan terlalu mendedahkan identiti wanita berusia 23 tahun itu kerana bimbang perkara itu akan membuatkan kekasihnya berasa tidak selesa.
“Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi.
“Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.