Tiada Angin Tiada Ribut…Nadia Brian Terima Lamaran Kekasih Di Paris, Kahwin Tak Lama Lagi?

Share

Wow… tahniah MH ucapkan buat pelakon cantik, Nadia Brian yang memuat naik sekeping fotonya yang seakan-akan telah menerima lamaran daripada kekasihnya yang dikenali dengan Mu’izz Nasruddin.

Foto tersebut dikongsikan bekas model ini menerusi salah satu entri di Instagram.

Foto tersebut merakamkan momen ketika dilamar kekasih hati saat berada di hadapan bangunan Menara Eiffel, Paris.

“Definitely YES,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat mengucapkan ucapan tahniah selain mendoakan semoga hubungan kekal sampai bila-bila.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak mengenai lamaran yang diterima memandangkan si empunya badan belum tampil memberikan kenyataan.

Foto: Instagram Nadia Brian

Published by
Rafiq Mazlan