Selepas berjaya menarik minat jutaan penonton dari dalam dan luar negara menerusi drama Melur Untuk Firdaus, spekulasi mengenai hubungan cinta diantara pasangan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling kini hangat diperkatakan.
Ia susulan selepas kedua-dua pelakon ini dilihat sering kali memuat naik gambar-gambar bersama dan saling berbalas hantaran-hantaran mesra di media sosial.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, memberitahu, perkongsian-perkongsian tersebut hanyalah sebagai salah satu bentuk mempromosikan drama terbarunya itu.
“Saya dan Anna sebenarnya sudah berbincang mengenai perkara ini sejak sebelum masuk ke set penggambaran lagi.
“Kami mencapai kata sepakat mengenai apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak.
“Apa yang kami kongsikan di media sosial sebenarnya banyak memberi impak kepada drama itu sendiri sehingga menjadikannya sebagai salah sebuah drama popular ketika ini.
“Saya dan Anna tiada apa-apa hubungan yang serius pun,” katanya kepada MH.
Ads
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengenalan duta baharu air mineral Spritzer yang berlangsung di Sunway Pyramid pada Khamis.
Meskipun drama ini telah melonjakkan namanya, namun, Meerqeen menegaskan dia tidak mahu dibuai mimpi yang akhirnya akan merugikan dirinya dikemudian hari.
“Saya sendiri tak tahu nak ungkapkan perasaannya bagaimana. Pada mulanya saya merasakan drama ini akan ‘meletup’ tapi buat penonton di Malaysia sahaja.
Ads
“Namun, saya pun tak sangka drama ini juga mendapat sambutan luar biasa di luar negara.
“Saya gembira dengan pencapaian ini tapi saya tidak mahu lalai dan akhirnya nanti terjerumus dalam sikap bangga diri. Akhirnya yang malunya nanti saya. Saya takut saya lupa diri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Menunggu ini juga menyatakan rasa terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peminat yang tidak putus-putus menyokongnya selama drama ini berlansung.
Ads
“Saya tak pernah merasai pengalaman seperti ini lebih-lebih lagi apabila peminat di negara seberang juga sedar dengan kehadiran saya. Sokongan yang mereka tunjukkan pun sangat gila-gila dan saya hargainya.
“Saya rasa momen paling sweet bila peminat Indonesia berusaha dan bersusah payah datang ke Malaysia untuk berjumpa saya. Saya sendiri tak tahu tapi pihak pengurusan yang temukan saya denga mereka di progam Jom Heboh.
“Saya luangkan masa dengan mereka pada hari tersebut. Mereka dah berkorban masa semata-mata untuk saya. Saya bertemu dan beramah mesra lebih dekat pada hari tersebut.
“Saya harap berjumpaan itu memberi makna dan menjadikan perjalanan mereka berbaloi,” akhirinya.
Terdahulu, dalam acara tersebut Meerqeen telah dilantik sebagai ikon terbaru produk air mineral, Spritzer bersama tiga lagi selebriti lain iaitu Ayda Jebat, Cik Manggis dan Jojo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Jue Aziz mengucapkan terima kasih atas keprihatian peminat yang mendoakan kesembuhannya selepas mengalami gejala demam.
Menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad, Jue, 39, berkongsi keadaannya yang sedang bertuala di kepala dalam keadaan mata yang berair.
“Thanks guys, ramai yang DM (mesej) beri nasihat dan doakan kesihatan Jue. Sangat hargaibys. Semoga Allah membalas doa-dia yang baik untuk kalian semua, amin.
“Ramai DM cakap Influenza sekarang ini tengah musim. Rupa-rupanya ramai yang kena.
“Tengoklah Jue sampai pakai tuala nak lap hingus tak tahan asyik meleleh dan air mata berair,” tulisnya.
Pelakon filem Hantu Bonceng ini juga turut bertanya cara terbaik untuk tangani selesema kerana ia mengganggu pernafasannya.
“Nasib baik balik rumah mak. Dah mak kena layan kita macam bayi, memang tak larat nak buat apa apa dah. Makan semua dan deria rasa kadang tak boleh bau.
“Ramai nasihat kslau lebih tiga hari kena check. Okay esok check. Any tips for stop flu? Sebab tak boleh nak tidur kacau pernafasan kena nafas lalu mulut tu yang perit tekak,” luahnya lagi.
Dalam pada itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Jue kembali seperti biasa.
Terdahulu menerusi Insta Stories, Jue turut memberitahu dia turut alami batuk dan sakit tekak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah bebas, PU Azman menjelaskan dosa atau kesilapan seseorang tidak akan ditanggung oleh orang lain.
Iaitu dalam erti kata lain, seandainya seseorang itu telah berhijrah namun penampilannya terdahulu ditayangkan kembali di media tertentu, tidak akan menanggung dosa.
“Dosa atau kesilapan seseorang tidak akan ditanggung atau tempias kepada orang lain.
“Dalilnya dalam surah An Najm ayat 39.
“Maksud :“Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakannya”.
“Dalil kedua dalam surah Al An’am ayat 164.
Maksud :”Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”.
“Jadi TIDAK BENAR kenyataan mengatakan si mati yang dah berhijrah, kena seksa dalam kubur disebabkan orang lain masih tayangkan lakonannya pada zaman jahiliyyah ketika si mati belum menutup aurat.
“TIDAK BENAR SAMA SEKALI. KECUALI ! Kalau tuan punya badan sendiri yang tayangkan, haaaaaa, tu mungkin dia bermasalah.
“Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka luas, jauh lebih luas dari pintu Mydin,” jelasnya panjang lebar.
Namun Julia tidak memadam sebuah video yang memaparkan dia tidak berhijab berikutan terikat dengan komitmen kerja dan dia belum lagi bertudung ketika rakaman itu dibuat.
“Rakaman ini dibuat sebelum saya bertudung. Saya bertanggungjawab untuk memuat naik video kolaborasi ini mengikut jadual yang telah ditetapkan,” tulis Julia di ruangan kapsyen posting berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata=-rata rakan selebriti dan peminat Julia melahirkan perasaan kagum di atas penghijrahan selebriti kacukan Melayu-Itali itu.
“Beautiful,” komen Elisya Sandha.
“You so cantik!” titip Natasha Ellyza.
“MasyaAllah so beautiful sayang,” coret Indah Ruhaila.
Pada 14 Disember lalu, Julia mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Dr Che Hafiz yang merupakan bekas suami penyanyi Lufya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!