“Tiada Apa Yang I Minta, Hanya Doa…,” – Eina Azman, Suami & 2 Pembantu Rumah Positif Covid-19 Di Hari Ulang Tahun ke-7 Perkahwinan

Share

Pelakon Datin Paduka Eina Azman berkongsi khabar dengan memaklumkan dia bersama suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah disahkan positif COVID-19.

Turut sama positif ialah dua pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Mega dan Bikna.

Perkara tersebut dikongsikan ibu kepada sepasang cahaya mata kembar ini menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, dia tidak pasti punca dijangkiti virus berkenaan.

“Salam semua… Dukacita saya ingin maklum kan saya suami dan 2 bibik saya Bik Mega n Bikna didapati positive covid 19. Macam nak gugur jantung ni bila dapat result.

“Sebab saya selalu buat covid test. Even last week saya dan suami baru saja buat covid test sebelum buat surgery n result yang keluar negative. Saya taktau macam mana dalam seminggu saya boleh kena.

“Sedih ya amat bila terpaksa tengok @aubreykarl buat covid test dengan menangis. Saya mmg tak sampai hati tengok. Sementara tunggu result hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat aubreykarl or bibik2? Macam mana nak handle?,” tulisnya.

Eina bagaimanapun bersyukur apabila anak-anaknya didapati negatif.

“Ya allah taktau nak cakap mcm mana… Tapi alhamdullilah nasib baik @aubreykarl negative dengan kakak saya @wenny_azman.

“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas n oxygen dia turun naik. So every 2 days kami kena p hospital untuk jumpa doctor untuk monitor n X Ray.

“Harini pula our anniversary jadi pula macam ni. Ya allah mmg speechless. Apapun saya percaya ini semua ketentuan allah dan kami terima dengan hati yang terbuka.

“Saya minta tolong semua doa kan untuk kami sekeluarga bersama bibik2 semua kembali sihat seperti biasa. Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya.

“If anyone yang ada experience dengan covid tolong share kalau ada apa2 petua yang boleh kami amalkan.

“Anyway Happy Anniversary Sayang Ku @datopadukakaiser tiada apa yang I minta hanya doa i nak u sihat semula mcm biasa… Stay strong we can do this together. Love you so much sayang, tulisnya lagi.

Foto: Instagram Eina Azman

Published by
MH