Hiburan

“Tiada Apa Yang Papa Nak Maafkan,” – Marissa Mohon Maaf, Pelukan & Tangisan Norman Hakim Runtun Jiwa

Share

Kisah melibatkan anak perempuan kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim masih lagi diperkatakan sehingga hari ini.

Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Norman dan Marissa dilihat bergandingan bersama di dalam sebuah iklan produk makanan popular.

Norman dilihat segak mengenakan Baju Melayu Johor rona kuning langsat manakala Marissa pula ayu dengan sepersalinan baju kurung.

Pada permulaan video, Norman dilihat tidak dapat menahan sebak lalu memeluk erat Marissa saat dia tiba di hadapan pintu.

Marissa juga turut melutut untuk bersalaman dan memohon maaf kepada Norman.

Lantas Norman menjawab, dia sudah lama memaafkan segala perbuatan Marissa selama ini.

“Tiada apa yang papa nak maafkan. Papa sudah lama maafkan,” jawab Norman yang teresak-esak menahan air mata.

Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen sebab menonton perkongsian tersebut selain turut mendoakan yang terbaik buat Norman sekeluarga.

“Si papa tu tak puas jaga kau dik. Tiba-tiba hilang peluang dia nak jadi wali pernikahan. Sedih dik. Nanti bila ada anak, awak tahulah macam mana perasaannya.

“Ya Allah peliharalah hubungan kekeluargaan Abang Norman. Semoga baik-baik sahaja dan bahagia dunia akhirat.

“Ya Allah banjir. Bab mak ayah ni memang tak boleh tahan.

“Tangisan Norman itu boleh rasa sampai ke tulang. Tak kisahlah artis ke tidak.

“Mak ayah ni marah sekejap sahaja. Lama-lama mereka maafkan juga anak,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat sejak Januari lalu apabila dikatakan sudah bernikah dengan lelaki berstatus suami orang Aslam di Songkhla, Thailand pada 26 Disember tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

Published by
Aizam Manaf