Anak sulung Raja Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan yang ditahan atas pertuduhan memiliki bahan terlarang akhirnya dibebaskan selepas pihak pendakwaan mendapati tiada bukti kukuh melibatkan dirinya.
Biro Kawalan Dadah (NBC) India dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut berikutan terdapat dakwaan penyelewengan melibatkan pegawai polis yang terlibat dalam siasatan tersebut.
“Pegawai penyiasat kes ini mempunyai motif tersendiri dalam menjalankan siasatan. Keputusan mahkamah (membebaskan Aryan) adalah berdasarkan tiada bukti yang kukuh.
“Beberapa penyelewengan prosedur ditemui dalam siasatan awal. Satu pasukan siasatan khas terpaksa mengambil alih dan kes sebegini sangat jarang berlaku,” kata SN Pardhan yang merupakan ketua pengarah biro siasatan dalam satu kenyataan.
Pada Oktober tahun lalu, Aryan, 25, ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai atas dakwaan penyalahgunaan dadah.
Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin selepas 26 hari ditahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.