Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat positif meski namanya tidak tersenarai dalam senarai pencalonan awal Top 20 di Anugerah MeleTop Era (AME) 2020 yang diumumkan pada Khamis.

Terdahulu, single Temberang berjaya mencetus fenomena dengan merekodkan lebih 25 juta tontonan dalam tempoh kira-kira setahun di YouTube selain menjadi siulan pencinta muzik.

Bintang Cindai itu bagaimanapun tidak berkecil hati kerana menganggap jumlah tontonan di YouTube sudah menjadi satu kemenangan buatnya.

“Tiada apa yang perlu saya kejar sekarang melainkan terus fokus menghasilkan lagu-lagu berkualiti dan mesra pendengar.

“Kejayaan lagu Temberang adalah anugerah yang sudah diberikan peminat apabila mereka terus menyokong lagu ini sehingga berjaya meraih 25 juta tontonan.

IKLAN

“Saya okay saja kerana impian saya tahun ini adalah untuk tampil dengan album mini. Doakan supaya semuanya dipermudahkan,” katanya seperti yang dipertik.

Pada masa sama, bintang popular ini turut menambah, jika dulu kejayaan demi kejayaan diraih, kali ini biarlah anugerah itu bertukar tangan kepada artis lain pula.

Percaya dengan rezeki, Ayda bersyukur dengan pencapaiannya yang telah diraih sejak dulu hingga kini.

IKLAN

“Saya sudah puas dan bersyukur atas kemenangan sebelum ini. Biarlah penyanyi baru yang mengambil-alih kerana mereka akan menyambung legasi ini.

“Bagi saya, kecewa tidak pernah wujud kerana saya seorang yang sangat positif. Ini semua adalah soal rezeki. Bagi yang berjaya saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya,” katanya.

Ayda terdahulu pernah melakar rekod manis pada malam anugerah hiburan tahunan itu, iaitu pada 2015 dan 2016 menerusi kategori utama Artis Top Top MeleTop Wanita.

IKLAN

Pada AME 2016, Ayda turut memenangi kategori Penyanyi MeleTop, Pelakon MeleTop dan Lagu MeleTop Era menerusi lagu Siapa Diriku.

Pada AME 2017, dia turut memenangi kategori Lagu MeleTop Era menerusi lagu Pencuri Hati.

Sementara Cindai yang menyaksikannya sebagai pendukung utama di samping Syazwan Hassan turut mendapat perhatian ramai. Dia juga bakal muncul menerusi drama terkini, Bukan Gadis Biasa bersama Remy Ishak.

Sumber/Foto: Harian Metro/Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI