Gara-gara menitipkan nasihat tentang menikmati setiap momen-momen sewaktu bercuti, selebriti terkenal, Neelofa berharap agar orang ramai tidak menyalah tafsir tentang kenyataannya itu.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, dia hanya berkongsi pandangannya tentang sikap segelintir pihak yang pergi melancong hanya untuk dijadikan konten di media sosial tanpa menghargai apa yang ada di sekeliling mereka.
@neelofaMaaf sebab ramai kurang faham apa yang nak disampaikan ❤️ love you guys♬ original sound – neelofa
“Bukan saya larang untuk berkongsi dalam media sosial. Maksud saya ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya bertujuan untuk membuat kandungan media sosial sahaja.
“Ada yang sehingga buat persediaan dari sini (Malaysia) semata-mata untuk buat konten.
“Malah, ada yang merakam momen percutian mereka semata-mata untuk kandungan dalam media sosial, sedangkan pada ketika itu, dia diberi peluang berseronok dan mencipta kenangan,” katanya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok.
Dalam pada itu, Neelofa turut mengakui dirinya akan melakukan hal serupa jika bercuti ke mana sahaja seperti berkongsi gambar atau video dalam media sosial, namun mahu mengubah tabiat tersebut.
“Ada beberapa situasi berbeza contohnya ada orang pergi atas rezeki dan ada yang pergi atas tuntutan kerja.
“Contohnya yang pergi melancong sendiri itu jangan salah faham. Tolonglah buat video dan ambil gambar banyak-banyak untuk kongsikan.
“Saya juga akan buat perkara sama seperti memuat naik dalam media sosial tetapi sebagai seorang yang banyak kali diberi peluang melancong dulu, perkara yang saya ingin ubah adalah lebih menikmati atau menghargai momen tersebut,” kata usahawan itu.
Lantaran itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu meminta semua pihak tidak memutarbelikan kenyataannya itu dengan andaian sendiri sehingga melibatkan nama individu lain.
“Saya baru perasan ada segelintir salah faham tentang apa yang saya ingin sampaikan dan ada juga media menulis artikel sehingga cuba memasukkan kefahaman berbeza.
“Saya tiada niat apa-apa atau mahu tujukkan kepada sesiapa. Tiada individu tertentu yang saya maksudkan.
“Demi Allah, apa yang orang lain perkatakan itu adalah fitnah seratus peratus. Itu hanya pendapat saya. Kalau nak bersetuju, alhamdulilah. Kalau tidak, saya pasti anda ada sebab dan pandangan yang tersendiri.
“Kepada media, jangan putar belit apa yang saya cakap sehingga menyebabkan ramai orang fitnah dan salah sangka,” akhirinya.
Sebelum ini, nasihat Neelofa tentang menikmati momen-momen ketika bercuti nyata mendapat pelbagai tafsiran daripada masyarakat.
Malah, ada juga segelintir pihak yang membuat andaian sendiri dengan mendakwa nasihat tersebut ingin ditujukan kepada selebriti terkenal Nur Fazura yang secara kebetulan baru pulang daripada bercuti di Amsterdam bersama keluarganya.
Sehingga kini video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir satu juta tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI