Penyanyi Wany Hasrita, menolak khabar angin yang mendakwa dia sudah mengedarkan kad kahwin bagi melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dalam tempoh terdekat.
Penyanyi lagu Pedas berusia 30 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, dia akan berkongsi sekiranya tarikh rasmi hari bahagia jika sudah diputuskan kedua-dua belah pihak.
“Bukanlah dalam sebulan dua ini, selepas Aidilfitri pun tidak. Tiada istilah kad kahwin sudah diedarkan pun. Kalau nak cakap majlis perkahwinan saya sudah menghampiri pun bukan juga.
Ads
“Kalau saya kahwin saya akan beritahu kepada semua. Lagipun media juga antara yang menaikkan nama saya di dalam industri seni. Jadi, sudah tentu kita mahu berkongsi apa yang kita suka.
“Saya pun tak tahu kenapa orang asyik kata saya nak berkahwin, mungkin kapsyen saya di hantaran Instagram, berbaur ‘loving’. Ia disebabkan saya mencintai diri saya,” katanya.
Ads
Wany pada masa sama menambah, dia sudah semestinya dia ada memikirkan soal perkahwinan, namun masih tunggu waktu sesuai.
Ads
“Semua orang yang belum berkahwin mahu ke arah itu. Tapi nak kata tahun ini, tak tahulah, kita tengok jodoh saya sampai bila. Doakan yang terbaik buat saya sebab setiap orang mahu kahwin dan begitu juga dengan saya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim terkilan dengan sikap segelintir pihak yang tidak tahu berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan meskipun sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia.
Jelas Ryzal, tambah menyedihkan apabila mereka turut berasa bangga dengan situasi tersebut.
“Kita tak patut bangga bila tak tahu bertutur bahasa kebangsaan. Itu jati diri kita. Kalau kita warganegara tapi dibesarkan di negara lain, mungkin boleh diterima.
“Saya kenal ramai orang Malaysia di UK tapi masih boleh bertutur bahasa ibunda dengan baik. Jadi, untuk orang di Malaysia dan tak kira apa bangsa sekalipun, tiada alasan untuk tidak mahir.
“Faham sikit-sikit pun bukan alasan. Jangan salahkan sekolah kebangsaan, tamil atau cina. Sekolah itu wujud sejak berzaman lagi.
“Kenapa orang zaman dahulu boleh sahaja berbahasa Melayu? Malah, siap boleh berdialek ikut negeri lagi. Melainkan anda malas atau merasakan Bahasa Melaysia tak cukup standard,” tegasnya.
Ryzal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae pada Khamis.
Katanya lagi, sekiranya kita tidak fasih berbahasa Malaysia, itu merupakan satu perkara yang memalukan.
“Tolonglah malu dan sedar diri kita di mana. Kalau anda ke negara luar dan fasih berbahasa mereka sekalipun, mereka tidak akan mengaku anda sebangsa dengan mereka.
“Sama seperti saya, walau saya mahir berbahasa Korea, mereka tetap tidak menganggap saya sebahagian daripada mereka,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ryzal turut menegaskan dirinya akan mengutamakan anaknya untuk menguasai Bahasa Malaysia dan Korea.
“Saya mengutamakan anak saya untuk belajar Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris boleh belajar pada bila-bila masa. Maryam pula akan tekankan Bahasa Korea.
“Walaupun saya belum membuat perancangan mengenai sekolah Rina, dia kena tahu bahasa utamanya adalah Malaysia dan Korea.
“Kalau dia mampu berbahasa Inggeris dan Korea tetapi lemah dalam Bahasa Melayu. Orang akan mempersoalkan saya nanti,” tegasnya.
Sementara itu, Ryzal turut mendedahkan dirinya terpaksa menegur rakan-rakannya yang kurang memberikan pendedahan terhadap Bahasa Melaysia kepada anak-anak mereka.
“Saya juga ada menegur kawan-kawan saya apabila anak-anak mereka tak faham bila berbahasa Malaysia. Saya nasihatkan mereka supaya melatih anak-anak.
“Bahasa adalah maruah kita. Kalau kita tak tahu bahasa kebangsaan, nak mengaku kita bangsa apa? Bahasa menunjukkan siapa diri kita,” akhirinya.
Sekadar informasi, Ryzal telah mengahwini wanita asal Korea Selatan yang juga merupakan pempengaruh, Maryam Younarea pada tanggal 16 Ogos 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Rina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Azwan Ali atau sinonim dipanggil Diva AA, didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.
Memetik Berita Harian, dia yang mengaku bersalah, dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.
Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan, 54, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Terdahulu, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengejutkan apabila berita mengenai pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad yang dilaporkan telah meninggal dunia setelah terlibat satu kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim turut cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Menurut sumber Sinar Harian Online, berita sedih itu telah disahkan oleh adiknya, Faizal Rohban Ahmad, sejurus mendapat panggilan dari abang iparnya itu.
Lalu, berita sedih ini telah mendapat perhatian daripada rakan seleberiti yang berasa sedih dengan pemergian usahawan yang sentiasa merendah diri.
Lalu, ramai diantara rakan seleberiti yang telah titipkan doa buat arwah Faziani.