Penyanyi Wany Hasrita, menolak khabar angin yang mendakwa dia sudah mengedarkan kad kahwin bagi melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dalam tempoh terdekat.
Penyanyi lagu Pedas berusia 30 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, dia akan berkongsi sekiranya tarikh rasmi hari bahagia jika sudah diputuskan kedua-dua belah pihak.
“Bukanlah dalam sebulan dua ini, selepas Aidilfitri pun tidak. Tiada istilah kad kahwin sudah diedarkan pun. Kalau nak cakap majlis perkahwinan saya sudah menghampiri pun bukan juga.
“Kalau saya kahwin saya akan beritahu kepada semua. Lagipun media juga antara yang menaikkan nama saya di dalam industri seni. Jadi, sudah tentu kita mahu berkongsi apa yang kita suka.
“Saya pun tak tahu kenapa orang asyik kata saya nak berkahwin, mungkin kapsyen saya di hantaran Instagram, berbaur ‘loving’. Ia disebabkan saya mencintai diri saya,” katanya.
Wany pada masa sama menambah, dia sudah semestinya dia ada memikirkan soal perkahwinan, namun masih tunggu waktu sesuai.
“Semua orang yang belum berkahwin mahu ke arah itu. Tapi nak kata tahun ini, tak tahulah, kita tengok jodoh saya sampai bila. Doakan yang terbaik buat saya sebab setiap orang mahu kahwin dan begitu juga dengan saya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.