Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah ada berkongsi cerita kisah suka duka keluarganya sebelum bergelar penyanyi, suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran di Instagram tersebut, Sarah turut mengimbau kenangan dan berkongsi foto sekolahnya yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur.

Meski kini dilihat sudah semakin berjaya, penyanyi berusia 36 tahun ini memberitahu sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan semangat untuk berjaya.

“MasyaAllah, sebak rasa bila jejak balik tempat Sarah dibesarkan dulu. 22 tahun Sarah dibesarkan kat sini. Maybe ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu Sarah sebenarnya dibesarkan di Keramat. Ni la cerita suka duka Sarah.

Ads

“Ni lah Sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. awal-awal jadi artis pon ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Semakin ini turut mendedahkan bapanya, Raissuddin Hamzah yang pernah berniaga menjual roti canai di tepi jalan sekitar tahun 1997.

“Sarah ingat lagi zaman Malaysia ada krisis kewangan tahun 1997, walaupun abah Sarah seorang anak seni, abah juga terkena tempiasnya. Takda job langsung, mengarah ataupun berlakon, sampaikan kami dah tak mampu nak bayar kereta.

Ads

“Kerana tanggungjawab yg besar hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai. Dan roti canai tuuu… #NeverGiveUp #AkuNakKaya,” tulisnya lagi.

Ads

Imbas kembali, Sarah telah memulakan karier seni nyanyian selepas menyertai rancangan realiti nyanyian Bintang RTM pada tahun 2001.

“Tiada Job, Sampai Kami Dah Tak Mampu Nak Bayar Kereta,” – Ayah Pernah Jual Roti Canai, Siti Sarah Kongsi Suka Duka Sebelum Jadi Penyanyi “Tiada Job, Sampai Kami Dah Tak Mampu Nak Bayar Kereta,” – Ayah Pernah Jual Roti Canai, Siti Sarah Kongsi Suka Duka Sebelum Jadi Penyanyi

Foto: Instagram Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI