Pengacara, Nabil Ahmad memilih untuk terus kekal bersama jenama tekstil terkemuka negara, Jakel sebagai duta Baju Melayu meskipun mendapat tawaran lumayan daripada jenama lain.
Menurut Nabil, jenama berkenaan sanggup membayar tiga kali ganda untuk mendapatkan khidmatnya.
“Saya dapat tawaran daripada satu jenama. Dia kata, berapa Jakel bayar, dia akan bayar dua kali ganda. Kalau Jakel nak tawar lebih lagi, mereka nak bayar tiga kali ganda pula.
“Saya memelihat mereka ini lebih kepada nak melawan jenama lain dan bukannya mahukan khidmat saya. Dia nak tunjuk dengan duit, dia boleh beli saya.
“Disitulah saya kena nilai semula diri saya. Adakah saya ini untuk dijual beli,” katanya kepada MH.
Pengacara program Meletop itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran dan sidang media Raya Sakan Bersama Jakel yang diakan di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ads
Katanya lagi, dia tidak menyesal menolak tawaran tersebut kerana Jakel banyak membantunya ketika fasa susah terutamnya pada musim pandemik.
“Sesetengah orang mungkin akan gelap mata. Saya tolak atas dasar kesetiaan. Saya ingat lagi, ketika saya betul-betul susah dan tiada pekerjaan sewaktu PKP, satu-satunya klien yang hubungi saya adalah Jakel.
“Pada ketika itu, mereka tak perlukan saya pun tapi mereka adakan kerja itu sebab saya sudah bertanya.
Ads
“Kalau saya tak cerita, orang luar mesti akan pelik bila tahu saya pernah susah, tiada duit dan kerja. Mereka nampak saua di TV tapi itu program ulangan.
“Memang ada fasa saya tiada langsung tawaran kerja terutamanya ketika PKP. Bila Jakel sanggup tolong, saya terharu,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Nabil amat menghargai jasa Jakel yang turut menaja pakaian Hari Raya buat keluarganya selama sembilan tahun berturut-turut.
“Saya tak menyesal tolak tawaran besar itu. Saya bersama Jakel sudah hampir sembilan tahun, selama ini jugalah Jakel taja dan bantu selesaikan pakaian Hari Raya buat saya anak beranak.
Ads
“Bukan setakat itu sahaja, mereka juga taja ibu dan bapa saya. Di mana lagi saya nak membalas jasa pihak Jakel, dengan projek seperti inilah. Saya juga selesa dengan cara kerja di sini,” akhirinya.
Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel mengumum harga Baju Melayu telah diturunkan daripada RM180 menjadi RM150 beserta sampin atau baju batik.
Menurut Feroz, meskipun nila mata wang Ringgit jatuh menjunam, Jakel tetap mahu memberikan harga yang terbaik buat pelanggan.
Sementara itu juga, Jakel masih mengekalkan konsep tawar menawar buat pelanggan ketika membeli belah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin, memaklumkan suaminya, Isz Mustapha terpaksa menjalani pembedahan Arthroscopy, Selasa lalu.
Kongsi Mila, suaminya mengalami kesakitan di bahagian bahu ia sekaligus menyebabkan kesukaran buatnya untuk bergerak sejak dua minggu kebelakangan.
“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila berjumpa doktor, katanya otot pada bahagian bahu koyak dan ada masalah pada tulang.
“Saya pun tak berapa faham sangat,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Persis Mutiara menerusi platform sama berkongsi berita gembira apabila memberitahu suaminya kini kian pulih seterusnya menunjukkan reaksi positif selepas selesai menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang telah mendoakan suami saya. Alhamdulillah suami saya dah semakin pulih dan sedar.
“Semalam tangan dah boleh gerak sikit-sikit, terima kasih atas doa kalian.
“MasyaAllah saya tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak. Alhdulillah syukur pada Allah,” katanya lagi.
Terdahulu, Mila yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33, dilihat mengalirkan air mata kerana sebak mengenangkan suaminya yang perlu menjalani pembedahan atas masalah yang dialami.
Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin, 33, mendirikan rumah tangga bersama Isz pada November 2015.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri yang kini berusia 3 tahun.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Shima Anuar ada berkongsi momen saat meraikan hari jadi dan ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Mohd Solih Toha.
Berkongsikan momen indah tersebut menerusi Instagram pada Khamis, bintang itu dilihat teruja ketika membuka bingkisan istimewa dari suami tercinta.
Tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 untuk pelakon berusia 30 tahun itu bersama suaminya.
“I’m sorry i’ve been busy lately. Thank you for your understanding. I love you with all my heart sayang. Happy 4th anniversary to us! #Since8thApril2017,” tulisnya
Band indie, Monosterio akhirnya tampil dengan lagu Raya Tak Jadi selepas hampir dua dekad aktif dalam seni suara tempatan.
Menyifatkan ia adalah hadiah buat para peminat, Monosterio menganggap semua ini berlaku secara tidak sengaja apabila diberi peluang oleh pihak produksi untuk menghasilkan naskhah berkenaan.
“Semuanya bermula secara kebetulan apabila Anep yang juga pemain drum kami membintangi sebuah super-telefilem berjudul Raya Tak Jadi. Apabila projek bermula, Iskandar Jebat iaitu pengarah menyuarakan hasrat untuk mempunyai runut bunyi sendiri (OST).
“Hasil daripada perbincangan itulah yang akhirnya membawa kepada projek ini. Bila dikenangkan kami sendiri pun tidak pernah ada lagu raya, apa salahnya kami cuba setidaknya ia memberikan cabaran baharu kepada band seperti kami,” kata Izan selaku vokalis.
Selain Izan dan Anep, Monosterio juga dianggotai oleh Alan sekali pemain gitar.
Pada dasarnya, mereka baru sahaja menggunakan nama Monosterio setelah hampir dua dekad menggunakan nama O-TWO dalam scene indie.
Bercerita mengenai pemilihan lagu raya ini lagi, mereka menggunakan lagu hasil tulisan FJ Muzik dan muzik pula adalah hasil kerjasama antara FJ Muzik dan Monosterio sebagai taruhan.
Jelas Izan, mereka perlu memberi penekanan kepada banyak perkara termasuklah menggunakan melodi yang sesuai memandangkan lagu ini turut dijadikan OST supertelefilem Raya Tak Jadi.
“Dalam proses mencari idea pada peringkat awal, kami banyak membuat rujukan dengan mendengar lagu-lagu lama termasuklah daripada kumpulan Senario, R. Azmi dan lain-lain lagu.
“Kita mahu menghasilkan sebuah lagu yang bukan saja sedap didengar tetapi juga malar segar. Kalau boleh kita mahu sesiapa sahaja yang mendengar akan mengimbau semula kenangan beraya, lemang, ketupat dan sebagainya.
“Ini sebenarnya cabaran paling besar untuk mana-mana pemuzik bagi menghasilkan sesebuah karya,” jelasnya lagi.
Raya Tak Jadi mula dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac lalu dan uzik video pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Vevo.
Dalam perkembangan lain, Monosterio sedang dalam proses pembikinan album terkini yang mengandungi 10 buah lagu baharu Julai depan selain baharu sahaja terlibat dalam konsert Nidji di Miri, Sarawak, Februari yang lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...