Hiburan

“Tiada Kerja Waktu PKP, Mereka Adakan Untuk Saya,” – Jenama Lain Offer 3 Kali Ganda, Nabil Ahmad Pilih Setia & Tak Gelap Mata

Share

Pengacara, Nabil Ahmad memilih untuk terus kekal bersama jenama tekstil terkemuka negara, Jakel sebagai duta Baju Melayu meskipun mendapat tawaran lumayan daripada jenama lain.

Menurut Nabil, jenama berkenaan sanggup membayar tiga kali ganda untuk mendapatkan khidmatnya.

“Saya dapat tawaran daripada satu jenama. Dia kata, berapa Jakel bayar, dia akan bayar dua kali ganda. Kalau Jakel nak tawar lebih lagi, mereka nak bayar tiga kali ganda pula.

“Saya memelihat mereka ini lebih kepada nak melawan jenama lain dan bukannya mahukan khidmat saya. Dia nak tunjuk dengan duit, dia boleh beli saya.

“Disitulah saya kena nilai semula diri saya. Adakah saya ini untuk dijual beli,” katanya kepada MH.

Pengacara program Meletop itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran dan sidang media Raya Sakan Bersama Jakel yang diakan di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Katanya lagi, dia tidak menyesal menolak tawaran tersebut kerana Jakel banyak membantunya ketika fasa susah terutamnya pada musim pandemik.

“Sesetengah orang mungkin akan gelap mata. Saya tolak atas dasar kesetiaan. Saya ingat lagi, ketika saya betul-betul susah dan tiada pekerjaan sewaktu PKP, satu-satunya klien yang hubungi saya adalah Jakel.

“Pada ketika itu, mereka tak perlukan saya pun tapi mereka adakan kerja itu sebab saya sudah bertanya.

“Kalau saya tak cerita, orang luar mesti akan pelik bila tahu saya pernah susah, tiada duit dan kerja. Mereka nampak saua di TV tapi itu program ulangan.

“Memang ada fasa saya tiada langsung tawaran kerja terutamanya ketika PKP. Bila Jakel sanggup tolong, saya terharu,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, Nabil amat menghargai jasa Jakel yang turut menaja pakaian Hari Raya buat keluarganya selama sembilan tahun berturut-turut.

“Saya tak menyesal tolak tawaran besar itu. Saya bersama Jakel sudah hampir sembilan tahun, selama ini jugalah Jakel taja dan bantu selesaikan pakaian Hari Raya buat saya anak beranak.

“Bukan setakat itu sahaja, mereka juga taja ibu dan bapa saya. Di mana lagi saya nak membalas jasa pihak Jakel, dengan projek seperti inilah. Saya juga selesa dengan cara kerja di sini,” akhirinya.

Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel mengumum harga Baju Melayu telah diturunkan daripada RM180 menjadi RM150 beserta sampin atau baju batik.

Menurut Feroz, meskipun nila mata wang Ringgit jatuh menjunam, Jakel tetap mahu memberikan harga yang terbaik buat pelanggan.

Sementara itu juga, Jakel masih mengekalkan konsep tawar menawar buat pelanggan ketika membeli belah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf