“Tiada Lagi Gelang Pink Ditangan Ku,”- Zulin Aziz Tamat Tempoh Kuarantin

Share

Pelakon, Zulin Aziz memaklumkan dirinya kini telah tamat menjalani tempoh kuarantin.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Instagram.

Di samping itu, Zulin ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya.

“Alhamdulillah, saya dibebaskan dari kuarantin. Tiada lagi gelang pink ditangan ku

“Maka dengan itu,di hari jumaat yg mulia ini..saya masak kari kepala ikan untuk …….anda tatap.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan kami.Semoga kita semua terus dilindungi Allah swt.@cikzulinkedapur

#cikzulinkedapur,” tulisnya.

Sekadar informasi, Zulin menjalani tempoh kuarantin selepas mempunyai hubungan kontak rapat dengan pengacara Alif Satar di sebuah pengambaran drama.

Foto: Instagram Zulin Aziz

Published by
Nazar Rafiqhi