Perjalanan penyanyi Indonesia, Inka Christie untuk mara ke saingan minggu hadapan Gegar Vaganza 11 (GV11) terkandas apabila nama bintang itu diumumkan sebagai peserta tersingkir, malam tadi.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi segmen Ada Lagu, Ada Lagi yang menyaksikan hanya 12 buah lagu telah diumumkan.
Inka hanya memperolehi markah 53.40% sekali gus berada di posisi paling bawah dalam kalangan bintang lain yang bertanding.
Turut berada di kedudukan tiga terbawah ialah Illa Sabry dan Ning Baizura, masing-masing dengan 60.80% dan 60.60%.
Sementara itu, persembahan meyakinkan dari Ronnie Hussien berjaya meletakkan dirinya dalam ranking teratas bagi minggu keempat ini dengan markah sebanyak 76.40%.
Kemenangan yang diraih Ronnie memberi tuah apabila dia turut membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000.
Dadali Dyrga dan Liza Aziz pula berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga. Ini dia markah semua peserta yang bersaing minggu ini;
Untuk minggu kelima Ahad nanti, bintang yang masih kekal dicabar dengan tema GV Hadir di mana mereka harus menyampaikan lagu secara duet bersama bintang undangan.
GV11 telah dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta musim ini tetap diadili oleh barisan juri tetap maestro muzik Datuk Ramli M.S, bintang terkenal Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI