Personaliti media sosial, Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 32, mengesahkan dirinya sudah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru, Ahad lalu, lapor mStar.
Wanita yang popular menerusi video parodi lip sync ini memaklumkan, dia dan bekas suami, Mohd Hafizi Marzuki memilih untuk berpisah kerana tiada persefahaman dalam hubungan.
“Hubungan kami memang ada masalah sejak beberapa bulan lalu, tapi akhirnya kami terpaksa mengambil keputusan untuk bercerai.
“Puncanya kerana sudah tiada persefahaman dan ada masalah komunikasi antara kami. Hubungan mula jadi renggang kerana jarang berjumpa, dia kerja di Singapura dan saya pula berulang alik Kuala Lumpur dan Johor.
“Macam-macam usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga ini, namun tidak berhasil dan akhirnya kami bercerai secara baik, tiada bergaduh atau benci,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia juga menolak kemungkinan populariti yang diraih menjadi punca perceraian.
“Kalau orang kata sebab dah semakin popular membuatkan hubungan kami mula dingin, itu adalah tidak benar.
“Sebelum saya dikenali lagi memang hubungan kami dah ada masalah. Tapi kami cuba sembunyikan dalam usaha memperbaiki hubungan.
“Memang orang nampak kami sentiasa senyum, ketawa, tetapi apa yang berlaku di sebalik kehidupan kita tiada siapa tahu. Saya pula bukan jenis yang suka berkongsi kesedihan di media sosial,” jelasnya lagi.
Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Foto/Sumber: Mstar/Instagram Kak Girl
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI