Beberapa jam lalu, chef selebriti Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi keratan video perjalanannya menuju ke sebuah lokasi peranginan di awal pagi.
Maklumnya menerusi Instagram, dia memandu berseorangan ke sana kerana isteri dan anak-anak ada melakukan sesi perkhemahan dan dia telah berjanji untuk bermalam bersama pada sesi tersebut.
Bagaimanapun, Fazley turut menjelaskan dia terpaksa memandu pada awal pagi kerana awalnya terpaksa memenuhi tuntutan kerja.
“Ramai yang tanya saya, lewat malam semalam saya drive sorang2 masuk hutan saya pergi mana? Begini ceritanya
“Anak2 saya ada camping dengan mama dia, saya memang dah berjanji akan teman diorang tidur dalam hutan walau apa pun berlaku.
“Cumanya saya sibuk seharian, jadi dah lewat malam baru saya drive sorang2 masuk hutan. Seram sejuk jugak hahahaha,” kongsi Fazley.
Malah, Fazley turut bercerita mengenai situasi ‘seram sejuk’ sepanjang perjalanan.
“Sebab tak saya tak tahu akan jadi segelap itu. Dengan takde lampu jalan, jalannya kecik dan sebiji kereta atau seorang manusia pun takde.
“Bila dah sampai tepi campsite, kena park kereta dan jalan masuk ke dalam hutan dalam 30 minit.
“Lepas tu di waktu pagi pun saya kena bangun awal, 5 pagi dah bergerak keluar hutan untuk balik semula ke KL sebab dah ada kerja awal pagi. Semuanya demi untuk bersama anak2 dan isteri saya.
“Hutan setebal mana pun sanggup di redah asalkan dapat bersama mereka dalam 3 jam di waktu malam,” jelasnya panjang lebar.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberi reaksi kagum serta memuji gaya hidup Fazley sekeluarga.
Foto: Instagram Datuk Fazley