“Tiada Masa Nak ‘Menganjing’ Orang,” – Nafi Sindir, Waris Dedah Dah 10 Tahun Berperang Dengan Anxiety

Share

Penyanyi rap, Waris menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia seolah-olah menyindir pelakon, Maya Karin gara-gara memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang mengawal rasa gemuruh sewaktu menghadiri sebuah acara penyampaian anugerah baru-baru ini.

Menurut Waris, dia langsung tidak mempunyai niat untuk menyindir sesiapa sebaliknya, ia merujuk kepada dirinya sendiri yang selama ini turut berperang dengan masalah keresahan.

@warisn9 Replying to @Azura2208 ♬ original sound – W.A.R.I.S

“Saya pun tiada masa nak ‘menganjing-menganjing’ orang. Saya bukan nak buat lawak sebab benda ini jadi dekat diri saya sendiri. Saya dah hampir 10 tahun berperang dengan anxiety.

“Bila dah jadi dalam jangka masa yang agak lama, saya dah boleh mengawalnya. Paling tidak pun saya akan berasa nervous sahaja,” tulisnya.

Video penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Gadis Jolobu itu menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok.

Pada masa sama, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias turut berkongsi cara-cara yang sering dia amalkan untuk menghindari rasa keresahan.

Malah, dia juga menyeru kepada semua pihak untuk berhenti menghukum sesiapa sahaja yang punyai masalah seperti ini.

“Pada pandangan saya, kita ini jangan terlampau fikir sangat fasal masa hadapan. Kita sendiri tak tahu apa yang menanti kita sebab itu bukan kerja kita.

“Jadi, tak perlulah kita nak menghukum sesiapa. Berhenti menjadi tuhan. Masa hadapan bukan kita tentukan. Jangan fikir lebih-lebih. Anxiety ini bukan perkara yang boleh dibuat main,” ujarnya.

Terdahulu, ada segelintir pihak telah membuat spekulasi yang memperlihatkan Waris seolah-olah menyindir Maya gara-gara memuat naik video beserta kapsyen ‘Anxiety tidak dibenarkan di sini’.

Sebelum ini, Maya mendedahkan dia diserang ‘panic attack’ ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung baru-baru ini.

Malah, dia juga dikatakan hampir pengsan dan terpaksa memegang bahu pelakon, Faizal Hussein untuk memastikan dia tidak tersungkur ketika menyampaikan anugerah.

Maya juga telah membuka kasut tumit tingginya dan secara spontan meneruskan malam anugerah dengan membaca skrip di kad pencalonan anugerah.

Dia terpaksa ‘berkaki ayam’, namun berjaya membacakan skrip walaupun dalam keadaan menggigil.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Waris

Published by
Aizam Manaf