Pelakon, Ika Nabella akui penggunaan media sosial mempunyai kebaikan begitu juga sebaliknya.
Malah, setiap posting yang dikongsikan adalah untuk mengabadikan memori dan mahu berkongsi gambar bersama peminat.
“Semoga yg paling baik utk kita semua.. Fizikal, mental & paling penting hati yg baik.. Semalam sebelum tidur, I terfikir..
Sepanjang I kt socmed ni,
“Ada ke aku ni tersakit kan hati orang?
Tanpa sengaja tersinggungkan perasaan sesiapa..Mcm mana aku nk minta maaf kalau aku tak tahu atau tak sedar? I tanya husband I.
“Dia suruh I minta maaf secara terbuka but before minta maaf, I kena maafkan orang yg buat I tersinggung dulu. Bukan susah pun.
Hmmmm betul jugak. So pagi ni,” tulisnya.
Dalam masa sama, ibu beranak satu itu juga memohon maaf sekiranya posting yang dikongsikan membuatkan sesetengah pihak tidak selesa.
“Ika nak memohon sepuluh jari minta ampun & maaf andai sebarang posting Ika selama ini buat any of you feel insecured, offended, annoyed or anything negative towards me & my family. Tiada niat melainkan cuma berkongsi buah fikiran. Ika pun maafkan korang jugak ok? YES 3 or 4 of you ada buat Ika rasa hmm tak best. Like.. “Why you stalk but never like my posts.
“Kenapa dekat DM you friendly kt comment mcm tak kenal” “Why are you copying my idea, A-Z !” 😅 “Am I benefited enough?” 😬
Sometimes I even asked my self.
“Am I really makin friends on social media?
bersilaturahim hingga ke real life or kt socmed je kenalan, luar tak. Confused but it’s ok.
Its not important pun how I feel!
Sekarang 0-0 ok? May Allah clean our hearts,” tulisnya.
Sementara itu, diruangan komen, peminat telah memberikan respon.
Foto : Instagram Ika Nabella
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI